Identiti maskuliniti: konsumsi sebagai manifestasi mimpi imej ‘sado’ dalam kalangan Belia Melayu
List of Authors
  • Mohamad Fauzi Sukimi , Mohd Nasaruddin Mohd Nor

Keyword
  • Belia Melayu, identiti maskuliniti, imej ‘sado’, konsumsi, mimpi

Abstract
  • Identiti maskuliniti atau ‘sado’ tidak hanya dibincangkan dalam konteks gender, malah telah meluas dalam budaya konsumer. Penyebaran imej-imej komoditi dalam proses komodifikasi telah mencipta dunia mimpi sehingga penggunaan sesuatu produk menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Justeru, artikel ini menjelaskan bahawa proses komodifikasi imej yang ditanam mampu membentuk mimpi dan seterusnya dipenuhi dengan aktiviti konsumsi berasaskan imej ‘sado’. Pendekatan kualitatif diaplikasikan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah fenomenologi, yang mengupas makna konsep atau pengalaman yang dialami oleh subjek kajian. Data primer diperolehi melalui teknik temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Seramai 20 orang informan dipilih, terdiri daripada golongan belia Melayu yang aktif mengunjungi pusat gimnasium di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa representasi maskuliniti yang tertumpu kepada penampilan dan kekuatan fizikal lelaki dalam iklan telah mencipta dunia mimpi kepada belia Melayu sehingga mereka menggunakan komoditi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak industri. Hal ini kerana iklan mempunyai kekuatan dalam memujuk nafsu dan keinginan. Antara perkara yang dilakukan oleh kebanyakan belia Melayu melalui aktiviti konsumsi ialah melakukan latihan kecergasan di pusat gimnasium, menggunakan perkhidmatan jurulatih peribadi dan mengamalkan diet pemakanan serta pengambilan suplemen untuk membesarkan otot badan. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan mimpi tersebut mereka perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa semakin besar pengaruh komodifikasi yang ditanam dalam kalangan belia Melayu, maka tingkah laku konsumsi akan semakin kerap dilakukan bagi menampilkan imej ‘sado’.

Reference
  • 1. Abumere, F. I. (2013). Understanding men and masculinity in modern society. Open Journal of Social Science Research, 1(2), 42-45. https://doi.org/10.12966/ojssr.05.05.2013
    2. Andreasson, J., & Johansson, T. (2014). The fitness revolution: Historical transformations in the global gym and fitness culture. Sport Science Review, 23(3-4), 91-112. https://doi.org/10.2478/ssr-2014-0006
    3. Ayob, N. S & Abdullah, A. (2021). Budaya konsumerisme dalam kalangan penggemar Korea Pop (KPOP). Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-16.
    4. Bakar, K. A. (2022). Pengkategorian identiti dalam iklan peribadi: Kajian representasi gender berasaskan korpus. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 116-135. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1300
    5. Bailey, B. (2021). Men and bodybuilding: A study of health work, masculinity, and bodybuilding. [Doctoral dissertation, McMaster University].
    6. Bozkurt, V., Tartanoglu, S., & Dawes, G. (2015). Masculinity and violence: Sex roles and violence endorsement among university student. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 205(2015), 254-260. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.09.072
    7. Budiastuti, A., & Wulan, N. (2014). Kontruksi maskulinitas ideal melalui konsumsi budaya populer oleh remaja perkotaan. Mozaik, 14(1), 1-14.
    8. Connell, R. W. (1987). Gender and Power: Society, the Person and Sexual Politics. Stanford University Press.
    9. Connell, R. W. (1993). The big picture: Masculinities in recent world history. Theory and Society, 22(1993), 597-623. https://doi.org/10.1007/BF00993538
    10. Connell, R. W. (2005). Globalization, Imperialism, and Masculinities. In M. S. Kimmel, J. Hearn & R. W. Connell (Ed.). Handbook of Studies on Men & Masculinities (pp. 71-89). Sage.
    11. Cresswell, J. W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing among Five Traditions. Sage Publications.
    12. Denzin, N. K. & Lincoln, Y. S. (1994). Handbook of Qualitative Research. Sage.
    13. Featherstone, M. (1991). Consumer Culture and Postmodernisme. Sage Publications.
    14. Featherstone, M. (2007). Consumer Culture and Postmodernisme (2nd ed.). Sage Publications.
    15. Frangky, E. (2012). Pemaknaan mengenai nilai-nilai maskulinitas dan citra tubuh dalam program Komunikasi Pemasaran oleh laki-laki homoseksual dan laki-laki heteroseksual [Tesis Sarjana, Universitas Indonesia].
    16. Gattario, K. H., Frisen, A., Fuller-Tyszkiewicz, M., Ricciardelli, L. A., Diedrichs, P. C., Yager, Z. & Smolak, L. (2015). How is men’s conformity to masculine norms related to their body image? Masculinity and muscularity across western countries. Psychology of Men & Masculinity, 16(3), 337-347. https://doi.org/10.1037/a0038494
    17. Giddens, A. (1991). Modernity and Self-Identity. Stanford University Press.
    18. Harmanci, B. S., & Okray, Z. (2021). Construction of masculinity through bodybuilding: A qualitative study. Cukurova Universitesi Sosyal Bilimler Enstitusu Dergisi, 30(1), 83-91.
    19. Hotpascaman, S. (2010). Hubungan antara perilaku konsumtif dengan konformitas pada remaja. [Tesis Sarjana, Universitas Sumatera Utara].
    20. Jauwinata, E. S., & Sari, W. P. (2022). Analisis komunikasi interpersonal yang efektif antara personal trainer dengan member Gym Starfit. Kiwari, 1(1), 36-44.
    21. Jourian, T. J. (2018). Trans*forming higher education men and masculinity studies: a critical review. NORMA, 13(1), 3-22. https://doi.org/10.1080/18902138.2016.1260313
    22. Labre, M. P. (2005). Burn fat, build muscle: A content analysis of Men’s Health and Men’s Fitness. International Journal of Men’s Health, 4(2), 187-200. https://doi.org/10.3149/jmh.0402.187
    23. Lee, M. G. (2008). Fenomena mak nyah di Malaysia. Dlm. R. A. Aziz (Pnyt.), Transformasi Masyarakat: Cabaran Keluarga, Gender dan Sosiobudaya (hlm. 96-115). Universiti Kebangsaan Malaysia.
    24. Maysizar, A. P. (2019). Trend gaya hidup sehat di Fitness Center (Studi tentang gaya hidup sehat gym di Fitness Center Empire, Kota Bandar Lampung). [Tesis Sarjana, Universitas Lampung].
    25. Messerschmidt, J. W. (2019). The salience of hegemonic masculinity. Men and Masculinities, 22(1), 85-91. https://doi.org/10.1177/1097184X18805555
    26. McInnes, D. (2016). Gender as a Practice. In N. A. Naples (Ed.). The Wiley Blackwell Encyclopaedia of Gender and Sexuality Studies (pp. 1-2). John Wiley & Sons Ltd.
    27. Mellor, D., Hucker, A., Waterhouse, M., Mamat, N. H., Xu, X., Cochrane, J., McCabe, M. & Ricciardelli, L. (2014). A cross-cultural study investigating body features associated with male adolescents’ body dissatifaction in Australia, China and Malaysia. American Journal of Men’s Health, 8(6), 521-531. https://doi.org/10.1177/1557988314528370
    28. Nashrulloh, M. S. (2018). Maskulinitas laki-laki pendesaan: Studi citra tubuh laki-laki di pusat kebugaran. [Tesis Sarjana, Universitas Airlangga].
    29. Olivardia, R. (2007). Body Image and Muscularity. Dlm J. E. Grant & M. N. Potenza (Pnyt.), Textbook of Men’s Mental Health (hlm. 307-324). American Psychiatric Publishing Inc.
    30. Othman, H. (2008). Conceptual understanding of myths and legends in Malay history. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 26(2008), 91-110.
    31. Piliang, A. Y. (2011). Dunia yang Dilipat: Tamasya Melampaui Batas-Batas Kebudayaan. Matahari.
    32. Pratama, D. R., Hidayah, T., & Setyawati, H. (2020). Pengaruh motivasi dan kualitas layanan personal trainer terhadap keputusan menjadi member fitness center. Journal of Sport Sciences and Fitness, 6(1), 27-34. https://doi.org/10.15294/jssf.v6i1.40203
    33. Putra, R. A. (2019). Konstruksi maskulinitas laki-laki melalui komodofikasi tubuh dalam iklan produk susu L-Men Gainmass. Jurnal Studi Islam dan Sosial, 16(1), 43-61. https://doi.org/10.21154/dialogia.v16i1.1493
    34. Quam, S., VanHook, C., Szoko, N., Passarello, A., Miller, E., & Culyba, A. J. (2020). Racial identity, masculinities, and violence exposure: Perspectives from male adolescents in marginalized neighborhoods. Journal of Adolescent Health, 67(5).
    35. Radzi, N. S. M., Hamid, B. A., & Bakar, K. A. (2018). The discursive construction of modern masculine identities in contemporary Malaysia. Journal of Language Studies, 18(3), 36-56. http://doi.org/10.17576/gema-2018-1803-03
    36. Rathakrishnan, B., & Loh, Y. C. (2011). Body image perception among multi-ethnic male university students. Jurnal Kemanusiaan, 9(2), 31-44.
    37. Suyanto, B. (2017). Sosiologi Ekonomi: Dinamika Kapitalisme dan Gaya Hidup Masyarakat Konsumer di Era Postmodern. Perpustakaan Universitas Airlangga.
    38. Syed, M. A. M., Fadzil, K. S., & Zin, S. R. M. (2022, Ogos). Hero melayu: Pemerihalan maskuliniti, penampilan diri dan isu-isu popular terpilih dalam media sosial. Kajian Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/362906028
    39. Venegas, M. (2020). Masculinity as a mask: Class, gender and sexuality in youth masculinities. Convergencia, 27(2020), 1-27. https://doi.org/10.29101/CRCS.V27I0.14142
    40. Vignoles, V. L., Schwartz, S. J. & Luyckx, K. L. (2011). Introduction: Toward and integrative view of identity. Handbook of Identity Theory and Research (pp. 1-27). Springer.
    41. Widyatama, A. (2018, August 22). Untuk membentuk otot, pilih makanan sehat atau suplemen? https://www.klikdokter.com/gaya-hidup/diet-nutrisi/untuk-membentuk-otot-pilih-makanan-sehat-atau-suplemen
    42. Zaidi, M. (2018). Asal usul perkataan sado. The Patriots.
    43. Zaidi, N. (2017). Maskuliniti dan konsumerisme: Sebuah naratif Hang Tuah Moden. Dlm K. A. Talib & N. Zaidi (Pnyt.). Etnisiti dan Konsumerisme di Malaysia (hlm. 46-54). Universiti Kebangsaan Malaysia.