Kesejahteraan pengkultur rumpai laut di Pulau Kerindingan, Semporna, Sabah: Satu kajian komprehesif
List of Authors
Balan Rathakrishnan
Keyword
Rumpai laut, kesejahteraan hidup, subjektif, mental, sosial, spiritual dan fizikal
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan kesejahteraan pengkultur dari aspek tahap pendidikan, umur dan pendapatan. Kajian ini turut mengenalpasti tahap kesejahteraan pengkultur rumpai laut di Pulau Kerindingan, Semporna dalam lima domain seperti subjektif, mental, sosial, spritual dan fizikal. Seramai 43 pengkultur telah mengikuti kajian tinjauan dan temubual bersemuka ini. Analisis kaedah campuran telah digunakan dalam kajian ini. Pada bahagian soal selidik, Penilaian Kesejahteraan yang terdiri daripada subjektif, mental, sosial, spiritual dan fizikal telah digunakan untuk menilai kesejahteraan tersebut. Pada bahagian temubual, responden telah ditanya tentang perasaan keseluruhan terhadap kesejahteraan. Kajian ini mendapati kesejahteraan pengkultur rumpai laut berada pada tahap tinggi bagi subjektif, mental, sosial. Manakala spiritual berada pada tahap yang sederhana dan fizikal pada tahap yang rendah. Kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesejahteraan dalam aspek tahap pendidikan, umur dan pendapatan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu kerajaan dalam pembentukan polisi untuk membantu pengkultur rumpai laut di Pulau Kerindingan, Semporna dalam meningkatkan kesejahteraan mereka secara menyeluruh.