Kajian Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu menggunakan pendekatan program minimalis
List of Authors
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan , Nurul Ain Alizuddin

Keyword
  • Kajian literatur sistematik, preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyse, dialek melayu, sintaksis, program minimalis

Abstract
  • Kajian mengenai dialektologi semakin berkembang dan mendapat tumpuan dalam kalangan sarjana bahasa di Malaysia. Antara isu yang dibahaskan meliputi pelbagai bidang kajian seperti fonologi, morfologi, dan semantik. Namun, kajian berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis kurang mendapat perhatian dan masih memerlukan kajian lanjutan. Justeru, kajian ini memfokuskan kajian literatur sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis yang menggunakan pendekatan Program Minimalis (PM) dalam kajian terdahulu. Kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif berdasarkan analisis tinjauan literatur sistematik. Melalui enjin carian pangkalan Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct, Google Scholar dan My Cite, artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih dalam tempoh 13 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga Januari 2024. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Seterusnya, analisis yang dilakukan merangkumi aspek latar belakang kajian, permasalahan, metodologi dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 12 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pemilihan. Walau bagaimanapun, artikel tersebut memfokuskan golongan kata kerja, kata kerja bantu dan kata soal. Oleh itu, kajian dialek dari aspek sintaksis perlu diperluas dan dintegrasikan dengan kajian akan datang untuk mengenal pasti isu baharu berkaitan dengan kajian dialek di Malaysia.

Reference
  • 1. Abd Rahman, N. A., & Mohamed Sultan, F. M. (2018). Kata kerja dalam dialek Perlis: Analisis program minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-15. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/190
    2. Aman, I., Mustaffa, R., & Jaafar, M. F. (2010). Akomodasi aksen, identiti dan integrasi kebangsaan. Jurnal Bahasa, 10(1), 37-53. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8170
    3. Aman, I., Mat Awal, N., & Jaafar, M. F. (2016). Dialek Negeri Sembilan, kebolehfahaman kata usang dan perubahan sosial. Dlm. I. Aman, & M. A. Mis. (peny), Variasi bahasa (hlm. 118-152). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    4. Bloomfield, L. (1956). Language. Holt, Rinehart & Winston.
    5. Chambers, J. K., & P. Trudgill. (1990). Dialectology. Cambridge University Press.
    6. Che Man, M. A., & Mohamed Sultan, F. M. (2020). Ayat selapis dalam dialek Perlis menggunakan kerangka minimalis. Jurnal Lingusitik, 24(1), 1-18. https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/71/62
    7. Chomsky, N. (1995). Minimalist program. MIT Press.
    8. Chomsky, N. (2001) . Derivation by phrase. Dlm. M. Kenstowicz (pnyt.), Ken Hale: A life in Language (hlm. 1-52). MIT Press.
    9. Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Hartmann, R. R. K., & Stork, F.C. (1976). Dictionary of language and linguistics. Applied Science Publisher.
    11. Kridalaksana, H. (1984). Kamus linguistik (edisi ke-2). PT Gramedia.
    12. Karim, N. S., Onn, F. M., Musa, H., & Mahmood, A. H. (2013). Tatabahasa dewan (Edisi ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Liberati, A., Altman, D. G., Tetzlaff, J., Mulrow, C., Moher, D., Mike, C., Devereaux, P. J., Gotzsche, P. C., Ioannidis, J. P. A., & Kleijnen, J. (2009). The PRISMA statement for reporting systematic reviews and meta-analyses of studies that evaluate health care interventions: explanation and elaboration. PLos Medicine, 6(7). https://doi.org/10.1136/bmj.b2700
    14. Mahmood, A. H. (1993). Ciri-ciri dialek Kelantan yang mempengaruhi bahasa Melayu baku. Dlm. F. Onn., & A. Che Kob. (pny.), Simposium dialek penyelidikan dan pendidikan (hlm. 81-103). Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Meillet, A. (1967). Comparative method in historical linguistics. Evanston: Adler’s Foreign Books.
    16. Mohamed Sultan, F. M. (2018). Kata soal berapa dalam dialek Perlis: Analisis program minimalis. Jurnal Bahasa, 8(1), 1-18. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/3104
    17. Mohamed Sultan, F. M., & Nordin, N. (2012). Kata kerja ‘mana’ dalam dialek Pulau Pinang dalam Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 12(1), 87-93. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8155
    18. Mohamed Sultan, F.M., & Suhaimi, N. (2011). Variasi kata soal ‘mengapa’ dalam dialek Kedah: Satu analisis sintaksis. Jurnal Bahasa, 11(1), 131-153. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8165
    19. Mohamed Sultan, F. M., & Suhaimi, N. (2012). Kata soal dalam dialek Kedah. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 12(2), 475-483. https://journalarticle.ukm.my/4923/1/pp%2520475_493.pdf
    20. Mohamed Sultan. F. M., & Suhaimi, N. (2013). Sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 13(1), 1-17. https://journalarticle.ukm.my/6043/
    21. Mohamed Sultan, F. M., & Ahmad, N. A. (2020). Kata kerja bantu dalam dialek Melayu Kedah: Analisis Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 20(1), 79-108. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/6697
    22. Mohamed Sultan, F. M., & Mohamed, N. A. (2021). Analisis kata kerja bantu dalam dialek Melayu Terengganu menggunakan Program Minimalis. Jurnal Lingusitik, 21(2), 1-19. https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/222
    23. Mohamed Sultan, F. M., & Mohd Nasir. S. N. N. (2020). Kata kerja bantu dialek Kelantan: Analisis kerangka Program Minimalis. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 1-15. https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/124
    24. Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff J., & Altman, D. G. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyses: the PRISMA statement, PLos Medicine, 6(7). https://doi.org/10.1136/bmj.b2535
    25. Musa, H. (2005). Hakikat bahasa dan huraian tatabahasa. Monograf Jabatan Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu.
    26. Nik Muhammad Naziman, S., & Mohamed Sultan, F. M., (2018). Bentuk dan kedudukan kata tanya dialek Perak Utara: Satu huraian deskriptif. Jurnal Bahasa, 16(2), 253-274. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4242
    27. Okoli, C. (2015). A guide to conducting a standalone Systematic Literature Review. Communications of the Association for Information Systems, 37(1). https://doi.org/10.17705/1CAIS.03743
    28. Omar, A. (2008). Susur galur Bahasa Melayu (edisi ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
    29. Othman, S. A., & Mohamed Sultan, F. M. (2019). Frasa kerja dalam dialek Negeri Sembilan: Analisis Program Minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1-14. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/215
    30. Radford, A. (1997). Syntactic theory and the structure of English. Cambridge University Press.
    31. Randour, F., Perrez, J., & Reuchamps, M. (2020). Twenty years of research on political discourse: A systematic review and directions for future research. Discourse & Society, 31(4), 428–443. http://dx.doi.org/10.1177/0957926520903526
    32. Xiao, Y., & Watson, M. (2019). Guidance on conducting a systematic literature review. Journal of Planning Education and Research, 39(1), 93-112. https://doi.org/10.1177/0739456X17723971
    33. Wardhaugh, R. (1998). An Introduction to Sociolinguistics (3rd ed.). Blackwell.