Perkembangan filem seram di Malaysia: Satu tinjauan literatur
List of Authors
Azlina Asaari , Jamaluddin Aziz
Keyword
Genre, Filem Seram, Filem Seram Malaysia, Industri Perfileman, Sejarah
Abstract
Filem seram merupakan satu genre filem yang menguasai pasaran filem dunia dan sekaligus mampu mempengaruhi perkembangan industri tempatan. Mempunyai sejarah yang panjang dalam industri perfileman dunia, filem seram adalah genre yang popular di kalangan khalayak. Filem bergenre ini juga popular di Malaysia. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan filem seram di Malaysia, namun masih kurang kajian yang menekankan secara ilmiah dan sistematik menghalusi perkembangan filem seram di Malaysia. Kebanyakan kajian lepas filem seram Malaysia mahupun Melayu adalah lebih tertumpu kepada watak wanita dan unsur seram itu sendiri. Kekurangan ini merupakan jurang yang dikenalpasti. Justeru, makalah ini menghalusi perkembangan filem seram di Malaysia berdasarkan sejarah perfileman dunia secara umumnya dan Malaysia secara amnya. Implikasi artikel ini adalah memberi pemahaman kepada ahli akademik dalam bidang perfileman, pembuat filem dan industri perfileman mengenai perkembangan filem seram di Malaysia, selain menambah nilai dalam bidang ilmu mengenai filem seram Malaysia.