Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial: Kajian terhadap pengguna internet di Lembah Klang
List of Authors
  • Akmar Hayati Ahmad Ghazali , Jusang Bolong , Muhammad Adnan Pitchan , Siti Zobidah Omar

Keyword
  • Keselamatan siber, pengguna Internet, didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, peranan tempat kerja, peranan media massa, polisi kerajaan

Abstract
  • Ancaman siber bukan sesuatu isu yang baru di Malaysia tetapi isu ini perlu diberi perhatian yang serius daripada semua pihak kerana ia boleh membawa kerugian yang sangat besar kepada seseorang. Faktor kurangnya kefahaman mengenai keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet menyebabkan ramai rakyat di negara ini menjadi mangsa sindiket jenayah siber. Tambahan pula, masih ramai dalam kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip-prinsip keselamatan dalam Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Amalan keselamatan siber seseorang individu bergantung kepada faktor-faktor persekitaran sosial. Justeru, kajian ini menganalisis faktor persekitaran sosial terhadap keselamatan siber pengguna Internet di mana lima faktor telah dilihat iaitu didikan ibu bapa, pengaruh raka sebaya, peranan tempat kerja, peranan media massa dan polisi kerajaan. Kajian ini juga memilih penyelidikan kualitatif dengan menggunakan teknik kumpulan fokus yang terdiri daripada 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Antara hasil kajian yang menarik ialah rata-rata ibu bapa informan kajian memainkan peranan dan membuat pemantauan terhadap anak-anak mereka di talian seperti mewujudkan Facebook khas untuk tujuan pemantauan tersebut. Selain itu, para informan kajian turut bersetuju kerajaan melaksanakan polisi pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh individu yang menjual barangan secara talian dan juga kewujudan mahkamah siber di Malaysia.

Reference
  • 1. CyberSecurity Malaysia. (2014). CyberSecurity Malaysia lancar buku panduan tangani insiden buli siber. Diambil Julai 5, 2017, daripada http://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1242.pdf.
    2. CyberSecurity Malaysia. (2016). MyCERT incident statistics. Diambil Julai 5, 2017, daripada https://www.mycert.org.my/statistics/2016.php.
    3. Hurlock, E. B. (2013). Child Growth and Development. New York: McGraw-hill,Inc.
    4. Jas Laile. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
    5. Marimuthu. (2016). Pembelian secara online catat kes penipuan paling tinggi pada 2015. Diambil Julai 5, 2017, daripada http://www.nccc.org.my/v2 /index.php/component/content/article/1763-pembelian-secara-online-catat-kes-penipuan-paling-tinggi-pada-2015.
    6. Mohd Azam. (2013). Corak jenayah siber sentiasa berubah. Diambil Julai 5, 2017, daripada http://www2. hmetro.com.my/myMetro/ articles/ Corakjenayahsibersentiasaberubah/Article/article_print.
    7. Mohd Dahlan, A.M. (2010). Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti dunia siber. Diambil Jun 29, 2017, daripada http://eprints.ums.edu.my/117/1/CONF2010004.pdf.
    8. Mohd Roslan. (2014). KPDNKK tahan remaja 18 tahun muat turun muzik tanpa kebenaran. Diambil Julai 6, 2017, daripada http://www.utusan.com.my/ utusan/Jenayah/20140527/je_02/KPDNKK-tahan-remaja-18-tahun-muat-turun-muzik-tanpa-kebenaran.
    9. Normah Mustafa. (2013). Kebergantungan Internet dan aktiviti online remaja di Lembah Kelang. Jurnal Komunikasi, 29(1), 199-212.
    10. SKMM. (2012). Klik Dengan Bijak. Diambil Jun 26, 2017, daripada http:// www.skmm.gov.my/ Media/ Announcements/Klik- Dengan -Bijak.aspx? lang=ms-MY.