Analisis soal selidik dan maklum balas jawatankuasa pemegang taruh Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) terhadap kurikulum Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
List of Authors
  • Fathi Hilmy Hassim @ Hashim

Keyword
  • Pemegang Taruh, Kurikulum, Analisis, Maklum Balas, Soal selidik

Abstract
  • Kertas kajian ini bertujuan menganalisis soal selidik dan maklum balas Jawatankuasa Pemegang Taruh Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) terhadap kurikulum Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR). Pemerhatian terhadap persepsi dan pandangan pemegang taruh terhadap struktur dan kandungan kurikulum SKR di Kolej Komuniti Kelana Jaya menjadi fokus kajian ini. Soal selidik yang disebarkan kepada Jawatankuasa Pemegang Taruh dianalisis secara menyeluruh untuk menilai kesesuaian kurikulum dengan keperluan industri dan perkembangan terkini dalam servis kenderaan ringan. Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ) komited meningkatkan kecemerlangan akademik dan kualiti program dengan menjaga tahap yang tinggi dan memenuhi tuntutan industri. Untuk mencapai objektif ini, satu mekanisme dinamik perlu diperkenalkan bagi menilai dan memantau kurikulum program di KKKJ. Mesyuarat Pemegang Taruh Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) 2023 melibatkan enam Pemegang Taruh yang melibatkan mereka dalam soal selidik dan memberikan maklum balas terhadap kurikulum program SKR. Analisis soal selidik dilakukan dengan menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk min (purata). Maklum balas diperhalusi melalui perbincangan dua hala antara Pemegang Taruh dan pengurusan Kolej Komuniti Kelana Jaya. Objektif analisis termasuk mengenal pasti instrumen di dalam kurikulum yang tidak relevan dengan kehendak Pemegang Taruh, mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan, dan menyampaikan hasil analisis kepada Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Reference
  • 1. Umar, K. B., Kasiran, K., & Matore, M. E. E. M. (2022). Penilaian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (PEO) Graduan Kolej Komuniti Sebagai Tenaga Kerja Berpengetahuan dan Berkemahiran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(9), e001736. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1736

    2. Bahagian Kolaborasi Industri Dan Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. (2022). Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 1: 2022 (1st ed.). Bahagian Kolaborasi Industri Dan Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

    3. Don, Y., Sakdan, M. F., Daud, Y., & Kasim, K. (2012). Hasil dan impak program kemahiran Kolej Komuniti Malaysia. In UUM Press eBooks. https://doi.org/10.32890/9789670474403 Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik, & Othman, A.

    4. S. O. (n.d.). Manual Pembangunan Kurikulum Program Pengajian Politeknik (1st ed.). Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kurikulum (Bk) Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (Jppkk). (2021). Garis Panduan Pelaksanaan Kajian Pencapaian Peo Edisi 2021 (1st ed.). Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

    5. Yusop, S. N. H. M., & Umar, K. (2018). Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 1(3), 43–52. http://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/download/24/24

    6. Awang, A. H., Ibrahim, I., Hussain, M. Y., Ramli, Z., & Lyndon, N. (2013). Kualiti dan prestasi kerja graduan Kolej Komuniti: penilaian oleh majikan bandar. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE). http://journalarticle.ukm.my/6641/