Naratif politik ‘khianat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15): analisis 11 kerusi parlimen panas
List of Authors
  • Fadhirul Hisham Aziz , Shahidah Abdul Razak

Keyword
  • Kerusi panas, khianat, Pilihan Raya Umum Ke-15, Barisan Nasional, Pakatan Harapan

Abstract
  • Artikel ini berhujah bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November 2022 merupakan satu titik perubahan bagi Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR untuk merampas kembali 11 kerusi ahli parlimen mereka yang telah berpaling tadah sewaktu ‘Langkah Sheraton’. Dihujahkan bahawa naratif khianat telah dibangkitkan sebagai satu strategi mobilisasi yang mampan dalam usaha untuk mengukuhkan semula identifikasi kepartian dalam konteks PH-PKR sebagai satu simbol untuk menggugat keberadaan rejim hibrid. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah PKR mengolah naratif politik khianat untuk mengukuhkan kedudukan kepartian mereka di dalam konteks PRU15. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif sebagai teknik untuk mengumpul, memperoleh, dan menganalisis data. Penulis juga berkesempatan untuk menjadikan kajian lapangan sebagai salah satu teknik untuk memperoleh data primer dengan mengunjungi beberapa kawasan Parlimen yang terpilih dan berkaitan dengan kajian penulis. Hasil kajian ini mendapati bahawa naratif politik yang dibangkitkan oleh PKR telah berjaya diolah dan hasilnya PKR berjaya merampas kembali beberapa buah kerusi tradisi mereka. Kajian ini mempersembahkan satu kerangka baharu di dalam konteks kajian pilihan raya dan politik Malaysia di mana ia dilihat sebagai satu platform yang berpotensi untuk dijadikan rujukan umum dan rujukan dasar.

Reference
  • 1. Ab. Rashid Ab. Rahman & G. Manimaran. (2021). Pilihan Raya demokrasi Malaysia. Penerbit Universiti Malaya.
    2. Annuar, S. N. S., & Perman, A. A. (2023). Pilihan raya umum ke-15 di Sabah: Isu, trend, dan cabaran. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 50(2), 200-223. https://doi.org/10.17576/jebat.2023.5002.07.
    3. Azlan, A. A., & Nadzri, M. M. N. (2023). Parliamentary motions under semi-authoritarian regime. Parliaments, Estates & Representation, 43(2), 127-148. https://doi.org/10.1080/02606755.2022.2148505.
    4. Azlan, A. A. & Mohamed Noor, M. N. (2023). Dari Barisan ke Perikatan: Politik, parti, dan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 2022. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 50(2), 137-153. https://doi.org/10.17576/jebat.2023.5002.04.
    5. Bartle, J. (2001). The measurement of party identification in Britain: Where do we stand now? British Elections & Parties Review, 11(1), 9-22. https://doi.org/10.1080/13689880108413051.
    6. Chin, J. (2023). Anwar’s long walk to power: The 2022 Malaysian General Elections. The Round Table, 112(1), 1-13. https://doi.org/10.1080/00358533.2023.2165303.
    7. Lamare, J.W. (1984). Party identification and voting behaviour in New Zealand. Political Science. 36(1), 1-9. https://doi.org/10.1177/003231878403600101.
    8. Leong, I. (2022, November 4). DAP tak akan kuasai PH jika jadi kerajaan-Anwar. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/642565
    9. Levitsky, S., & Way, L. A. (2010). Competitive authoritarianism: Hybrid regimes after the cold war. Cambridge University Press.
    10. Lockerbie, B. (2002). Party identification: Constancy and change. American Political Research, 30(4), 384-405. https://doi.org/10.1177/1532673X02030004002.
    11. Moten, A. R (2020). The politics of manipulation: Malaysia, 2018-2020. Intellectual Discourse, 28(2), 387-408. https://doi.org/10.31436/id.v28i2.1653.
    12. Muhamad Takiyuddin Ismail. (2020). Bagaimana DAP membuka jalan kepada Langkah Sheraton? Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Suffian Mansor. (pnyt.). Tujuh hari panjang Saga Sheraton (hlm. 139-162). Penerbit Universiti Malaya.
    13. Nadzri, M. M. N. (2022). In the name of covid-19: Democratic Reversal and the return of authoritarian Malaysia under Muhyiddin’s Perikatan Nasional. Intellectual Discourse, 30(1), 107-133. https://doi.org/10.31436/id.v30i1.1798.
    14. Nadzri, M. M. N., & Azlan, A. A. (2023). UMNO in GE15: Factionalism and its effects. The Round Table, 112(3), 273-285. https://doi.org/10.1080/00358533.2023.2219536.
    15. Ostwald, K., & Nadzri, M. M. N. (2023). Malaysia in 2022: Election year, islamization and politics of compromise. Asian Survey, 63(2), 291-300. https://doi.org/10.1525/as.2023.63.2.291.
    16. Radzi, R. (2022, September 7). PKR to start 'mega ceramah' in seats held by its ex-lawmakers who 'betrayed' party this Sunday. Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/09/07/pkr-to-start-mega-ceramah-in-seats-held-by-its-ex-lawmakers-who-betrayed-party-this-sunday/26965
    17. Soderlund, P., & Kekkonen, E. K. (2009). Dark side of party identification? An empirical study of political trust among radical right-wing voters. Journal of Elections, Public Opinions and Parties, 19(2), 159-181. https://doi.org/10.1080/17457280902799014.
    18. Syamsul, F. (2022, November 5). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Selangor. Temu bual.
    19. Wan Mohd Noor, H. W (2022, September 25). PRU15: PKR sedia calon terkuat tumbangkan ‘pengkhianat’. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/222866/berita/politik/pru15-pkr-sedia-calon-terkuat-tumbangkan-pengkhianat
    20. Washida, H. (2023). Voting behaviour after the collapse of a dominant party regime in Malaysia: ethno-religious backlash or economic grievances? The Round Table, 112(3), 249-272. https://doi.org/10.1080/00358533.2023.2219524.