Penggunaan Aplikasi ChatGPT Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah
List of Authors
  • Ong Sim Ying, Shahlan Surat

Keyword
  • Kecerdasan Buatan (AI), Aplikasi ChatGPT, Penggunaan Teknologi, Pendidikan

Abstract
  • Dalam era globalisasi, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) seperti aplikasi ChatGPT telah menjadi alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan meneliti tahap pengetahuan, persepsi, dan kesediaan guru sekolah rendah terhadap penggunaan aplikasi ChatGPT. Data diperoleh daripada 296 orang guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada kajian-kajian terdahulu melalui persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang aplikasi ChatGPT dan mempunyai persepsi positif terhadap kebolehgunaan aplikasi tersebut. Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan maklumat yang dihasilkan oleh aplikasi ChatGPT masih menjadi kebimbangan utama. Guru lebih bersetuju bahawa aplikasi ChatGPT efektif digunakan dalam kehidupan sekolah, namun kesediaan guru untuk menggunakannya dalam bilik darjah adalah rendah. Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara kekerapan penggunaan aplikasi dan tahap pengetahuan guru. Oleh itu, sokongan pihak berkuasa diperlukan untuk menyediakan latihan intensif dan panduan yang lebih komprehensif bagi penggunaan teknologi ini. Kajian lanjutan disarankan untuk melibatkan guru dari pelbagai negeri dan menggunakan pendekatan kualitatif untuk memahami cabaran sebenar dalam penggunaan aplikasi ChatGPT.

Reference
  • No Data Recorded