Mengkaji Kelemahan dan Kekuatan Dalam PdP Pengaturcaraan C#: Satu Kajian Kes
List of Authors
  • Nor Hafizah Adnan, NorHafizah Azhar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah pengaturcaraan C# serta persepsi pelajar mengenai penggunaan teknologi dalam bahasa pengaturcaraan C# ini. Kajian penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian campuran kualitatif dan kuantitatif ke atas 13 orang sampel pelajar dan dua orang sampel pengajar melalui kaedah kajian temu bual separa struktur dan soal selidik. Kajian kes ini dilaksanakan untuk mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam PdP yang sedia ada yang menyebabkan ketidak pahaman dan kekeliruan dalam kalangan pelajar mengenai pengaturcaraan C#. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran pengaturcaraan. Selain itu, pensyarah juga turut menyatakan teknik dan kaedah yang mampu menarik minat pelajar dalam pengaturcaraan. Pensyarah juga turut memberi respon yang positif terhadap pembelajaran pengaturcaraan yang membina teknologi Augmented Reality. Hasil daripada kajian ini, satu kajian pembangunan dan pelaksanaan kursus Augmented Reality yang menggunakan bahasa pengaturcaraan C# akan dibangunkan dengan menggabungkan pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar.


Reference
  • No Data Recorded