Penglibatan politik: Pemerkasaan kepimpinan wanita di Malaysia (1980-2013)
List of Authors
Nor Rafidah Saidon , Sity Daud
Keyword
kepimpinan, tahap, penglibatan, politik, wanita
Abstract
Kajian ini membincangkan pemerkasaan kepimpinan wanita dalam penglibatan politik di Malaysia bagi tahun 1980 hingga 2013. Tujuan kajian ini ialah untuk menjelaskan kesedaran wanita mengenai kepentingan pemerkasaan kepimpinan wanita dalam penglibatan politik di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kualitatif melalui permerhatian dan temubual bersama beberapa orang responden yang terpilih selain data sekunder yang berkaitan dengan kajian ini. Data-data yang diperolehi dari sumber yang diyakini telah dianalisis secara kualitatif. Bersandarkan kepada teori kepimpinan dan konsep gender, hasil kajian mendapati pemerkasaan kepimpinan wanita dalam penglibatan politik dapat memberi kesedaran kepentingan wanita sebagai pengimbang gender dalam pentadbiran dan pembuatan keputusan. Secara tidak langsung jurang gender dapat dikurangkan dan dihapuskan.