Dorongan penempatan dan keselesaan diri warga tua di Rumah Seri Kenangan (RSK), Taiping, Perak
List of Authors
Suresh Kumar N Vellymalay , Thamil Chelvi Armugam
Keyword
warga tua, penempatan, penyesuaian, Rumah Seri Kenangan
Abstract
Kajian ini meneroka faktor-faktor yang mendorong penempatan warga tua di Rumah Seri Kenangan Taiping dan keselesaan golongan ini di pusat jagaan ini. Seramai empat puluh lima orang warga tua dipilih menggunakan kaedah persampelan kuota sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan temu bual berstruktur berbantukan soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada warga tua yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa lebih hampir 60.0% warga tua adalah bujang dan ketidakmampuan saudara terdekat untuk menjaga warga tua menjadi penyumbang utama kepada dorongan penempatan warga tua di RSK Taiping. Faktor ini diikuti ketidakmampuan ahli keluarga untuk menjaga warga tua, masalah kesihatan yang dihadapi oleh warga tua, kekangan kewangan dan sikap tidak ingin membebankan ahli keluarga. Hasil kajian juga mendapati bahawa warga tua yang ditempatkan di sini berpuas hati dan selesa dengan kemudahan, sikap ambil berat, jagaan kesihatan dan jaminan makan-minum berbanding pengalaman sebelum menghuni RSK Taiping.