Sosiokognitif Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Lembah Klang
List of Authors
  • Muhammad Syafiq Rusli, Nurul Kamrozzaman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Malaysia kini menghadapi cabaran pengajaran yang sungguh luar biasa. Perkara ini merupakan kesan daripada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kerajaan telah membuat Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital bertujuan untuk memperkasa ekonomi digital dan menyediakan generasi yang mahir digital yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara serta menonjol dalam dunia. Kajian ini ialah mengenai sosiokognitif pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Lembah Klang. Pendekatan kuantitatif telah digunakan untuk kajian ini dengan memperoleh data melalui soal selidik secara dalam talian. Responden kajian ini ialah kepada pelajar sekolah menengah kebangsaan di kawasan Lembah Klang. Lima puluh set soalan telah diagihkan dan dijawab oleh pelajar melalui pautan Google Forms. Keputusan kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi sosiokognitif pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah sikap, diikuti oleh kognitif, dan gaya pembelajaran. Kajian ini menyumbang kepada keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah di kawasan Lembah Klang dan usaha pihak yang berkuasa perlu melengkapi sekolah dengan kemudahan infrastruktur yang sesuai untuk guru-guru menggunakan teknologi maklumat dengan lebih berkesan.

     


Reference
  • No Data Recorded