Tahap Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pemulihan Khas Negeri Sarawak
List of Authors
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan menentukan tahap pelaksanaan enam elemen Pendidikan Abad Ke 21 dalam  kalangan guru pemulihan khas berdasarkan pengalaman mengajar kelas pemulihan khas. Reka bentuk kajian tinjauan  ini menggunakan pendekatan  kuantitatif . Populasi kajian ini merupakan guru pemulihan khas yang sedang berkhidmat di  Negeri Sarawak .  Google form secara alam maya telah diedarkan kepada sampel kajian iaitu seramai 373 orang guru pemulihan khas secara rawak berstrata. Data yang diperolehi  telah diproses dan dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package Social Science (SPSS) 25.00. Hasil tinjauan  yang telah dianalisis secara deskriptif menunjukkan pelaksanaan keenam-enam elemen pendidikan abad ke 21  dalam kalangan guru pemulihan khas negeri Sarawak adalah pada tahap sederhana. Statistik inferensi yang melibatkan ANOVA (analisis of variance) sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga kumpulan guru pemulihan khas tersebut berdasarkan pengalaman mengajar . Murid pemulihan khas berhak untuk dibentuk selaras dengan keperluan semasa memandangkan mereka juga merupakan generasi masa hadapan negara. Guru pemulihan khas harus sentiasa dibantu dan dibimbing oleh semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri, daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mempertingkatkan impak pengajaran dan pembelajaran masing-masing.


Reference
  • No Data Recorded