Analisis kandungan visual terpilih dalam risalah Perayaan Hari Warisan George Town, Pulau Pinang
List of Authors
  • Darwalis Sazan , Lim Xiao Wei

Keyword
  • Analisis visual, risalah, George Town, Pulau Pinang, Hari Perayaan Warisan

Abstract
  • Perayaan Hari Warisan George Town begitu terkenal dengan warisan budayanya yang pelbagai dalam mempamerkan pengaruh budaya, tapak bersejarah dan tradisi yang unik. Walaupun perayaan ini dilihat sebagai satu tarikan malah terdapat persoalan disebalik kandungan visual, elemen tersurat dan tersirat serta ideologi disebalik perkaitan visual ini. Oleh itu, kajian ini memberi penelitian terhadap kandungan visual dalam risalah perayaan ini dan meneliti signifikasi utama yang menjadikan risalah perayaan ini sebagai salah satu tarikan UNESCO di Pulau Pinang. Objektif kajian ini adalah untuk (1) mengenal pasti kandungan visual dalam risalah, (2) menganalisis unsur tersurat dan tersirat (denotatif dan konotatif) dan (3) menganalisis perkaitan visual dengan ideologi dalam risalah ini. Bagi memenuhi kehendak objektif, kajian ini memanfaatkan kaedah penganalisisan secara kualitatif melalui analisis kandungan visual. Hal ini melibatkan penggabungan semiotik, simbolisme budaya dan retorik visual untuk mendedahkan intipati komunikatif yang tertanam dalam risalah ini. Ia menekankan bahawa risalah bukan sahaja berfungsi sebagai alat promosi tetapi sebagai naratif visual yang memberikan pandangan mendalam tentang Perayaan Hari Warisan George Town. Hasilnya, budaya yang mewakili simbol kepelbagaian berbilang kaum boleh dilihat sebagai elemen eksplisit yang paling menonjol seperti mercu tanda bersejarah dan persembahan teks dan budaya. Manakala unsur tersirat pula menunjukkan imej Melayu, Cina dan India sebagai tanda perpaduan yang mewakili identiti Perayaan Warisan George Town. Kajian ini menyediakan asas untuk memelihara dan membudayakan Perayaan Warisan George Town untuk menyatupadukan masyarakat. Implikasi hasil kajian ini menekankan tentang signifikasi elemen budaya yang direpresentasikan secara visual sebagai satu promosi dan pemahaman Perayaan Hari Warisan George Town dalam kalangan masyarakat.

Reference
  • 1. Abd. Rahim., F., & Tolba Saad, M. M. (2020). Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual bandar Putrajaya. Jurnal Kejuruteraan, 32(2), 325-334. https://doi.org/10.17576/jkukm-2020-32(2)- 17.
    2. Abdul Malek, J., Lim, S. B., & Tahir, Z. (2022). Bandar Pintar Ubiquitous (U-City): Konsep dan pelaksanaan pembangunan bandar masa hadapan (Edisi 2) . Penerbit UKM.
    3. Adnan, F., & Mad Saad, S. (2020). Analisis wacana kritis bahasa dan kuasa: Kepimpinan dan permuafakatan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-18
    4. Badrulzaman, N., & Khoo, S. L. (2014). Branding George Town world heritage site as city of gastronomy: Prospects of creative cities strategy in Penang. International Journal of Culture Tourism and Hospitality Research, 8(3), 322-332. https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.1108/IJCTHR- 08-2012-0065/full/html
    5. Chai, L., T. (2011). Tourism and services engineering management seminar culture heritage tourism engineering at Penang: Complete the Puzzle Of “The Pearl of Orient”. Systems Engineering Procedia, 1, 358–364.
    6. Fairclough, N. (1995). Critical discourse analysis: The critical study of language (1st Edition.). Longman.
    7. Francesconi, S. (2011). English for tourism promotion: Italy in British tourism texts. Milano, London: Hoepli.
    8. Hassan, H. (2014). Social Semiotics: Realizing Destination Image using Cultural Representations, International Journal of Social Science and Humanity, 5(1), 149-153. https://doi.org/10.7763/IJSSH.2015.V5.443
    9. Jamalunlaili, A., Azam, R., & Bustami, R. M. (2013). "Cultural sustainability in the built and natural environment" Socio-economic and cultural sustainability of Muslims in Georgetown World Heritage Site. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 85, 217-226. https://doi.org/ 10.1016/j.sbspro.2013.08.353
    10. Johnes, J. Hussin, R., & Tangit, T., M. (2022). Keharmonian masyarakat melalui perayaan rakyat. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 19(6), 75-87.
    11. Khoo, S. L. (2020). Towards an inclusive creative city: How ready is the historic city of George Town, Penang?. City, Culture, and Society, 23, 125-142. https://doi.org/10.1016/j.ccs.2020.100367
    12. Kowalski, R. M., Limber, S. P., & McCord, A. (2019). A developmental approach to cyberbullying: Prevalence and protective factors. Aggression and Violent Behavior, 45, 20–32. https://doi.org/10.1016/j.avb.2018.02.009
    13. Kress, G. (2009). A social semiotic approach to contemporary communication (1st ed.). Routledge.
    14. Leeuwen, T. V., & Jewitt, C. (2004). The handbook of visual analysis: Visual meaning: A social semiotic approach. Sage.
    15. Machin, D. (2004). Building the world’s visual language: The increasing global importance of image banks in corporate media. SAGE Journals, 3(3), 182-195. https://doi.org/10.1177/1470357204045785
    16. Mohd. Yusoff, M. Y. (2018). Pemuliharaan warisan budaya melalui perundingan warisan agensi pelaksana di Malaysia. Jurnal Melayu, 17(2), 143-159.
    17. Nambiar, P. (2021, November 25). Activist sheds light on Penang ‘founder’. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/11/25/activist-sheds-light-on-penangs- founder/
    18. Shchelkina, E. A. (2016). Modern forms of folk festival and folk cultural traditions. Journal of Siberian Federal University: Humanities & Social Sciences, 6(9), 1513-1520. https://doi.org/10.17516/1997- 1370-2016-9-6-1513-1520
    19. Sukmayadi, V. & Effendi, R. (2022). Visual content analysis of Japan’s halal tourism. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 36(3), 312-324. https://doi.org/10.31764/ijeca.v0i0.2009
    20. Wong, M. H, & Er, A. C. (2019). Kajian kepustakaan indikator pelancongan warisan. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 4(13), 90-101.
    21. Zubir, Z., & Halim, R. (2020). Analisis wacana kritis: Satu pengenalan umum. Journal of Communication in Scientific Inquiry.1, 57-64.