Keberkesanan pelaksanaan kurikulum pengurusan diri sekolah rendah berasaskan model penilaian konteks, input, proses dan produk (KIPP)
List of Authors
  • Kama Shaffeei , Zul Izuddin Suhaimi

Keyword
  • Model KIPP, Penilaian Kurikulum Pengurusan Diri, Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Abstract
  • Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum pengurusan diri KSSR tahun 1 semakan (2017) secara menyeluruh berasaskan model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP) yang dikemukakan oleh Stufflebeam dan Shinkfield pada tahun 2007. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan Kurikulum Pengurusan Diri. Data kuantitatif diperoleh melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang guru sekitar negeri Johor yang mengajar mata pelajaran pengurusan diri tahun 1. Elemen-elemen dalam KIPP akan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Elemen-elemen yang terlibat dalam menilai pelaksanaan kurikulum pengurusan diri KSSR tahun 1 semakan (2017) iaitu dimensi konteks adalah kurikulum bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan objektif. Dari dimensi input, kemudahan bilik darjah, buku teks, peruntukan jadual waktu, multimedia dan kemahiran guru juga diutarakan. Dimensi proses melibatkan elemen pengajaran dan pembelajaran, pemantauan, penilaian amali dan hubungan guru dengan murid. Dari dimensi produk pula, aspek impak, kemampanan, kebolehpindahan dan aspek keberkesanan juga di aplikasi. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu memantapkan kompetensi guru di dalam bilik darjah dan penguasaan kemahiran dapat dipertingkatkan lagi dalam kalangan guru supaya kemahiran yang ingin diajar dapat di aplikasi terhadap murid berkeperluan khas.

Reference
  • 1. Azizi Jaafar (2015). Penilaian pelaksanaan kurikulum pendidikan islam sekolah menengah berasaskan model context-input-process-product (CIPP). Tesis Phd (tidak diterbitkan), Universiti Utara Malaysia.

    2. Azizi Jaafar (2018). Asas pembangunan kurikulum dalam pendidikan. Serdang Selangor : Firdaus Press Sdn. Bhd

    3. Azizi Yahya. (1999). Keberkesanan perlaksanaan program kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia berdasarkan model penilaian konteks, input, proses dan produk. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Pertanian Malaysia.

    4. Azizi Yahaya. (2001). The using of model context, input, process and products (CIPP) in learning programs assessment. Paper presented at the International Conference on Challenges and Prospects in Teacher Education. July 16-17, 2001, University of Technology Malaysia.

    5. Azizi Yahaya. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    6. Azizi Yahaya. (2009). Penggunaan Model KIPP dalam penilaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20(10), 73-78.

    7. Fatimah Tambi. (2009). Penilaian pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor daripada perspektif guru besar dan guru pemulihan khas. Tesis Ph.D (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

    8. Ghazali Yusri Abd Rahman. (2012). Penilaian kemahiran lisan dalam kurikulum bahasa arab di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar pendidikan kebangsaan. Selangor: Giga Wise Network Sdn. Bhd.

    10. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan strategik interim KPM 2011-2020. Putrajaya: Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan.

    11. Manchelah A/P Natesan (2017). Keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Malaysia. Tesis Phd (tidak diterbitkan), Universiti Malaya.

    12. Mahfuzah Zainol. (2014). Panduan terapi carakerja untuk murid istimewa. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

    13. Mahfuzah Zainol. (2015). Kemahiran manipulatif dalam pendidikan. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

    14. Mahfuzah Zainol. (2016). Kemahiran mengurusan diri murid berkeperluan khas. Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

    15. Mohd. Nordin Abu Bakar. (2011). Penilaian program mata pelajaran vokasional (MPV) bagi bidang pertanian di sekolah menengah harian di Semenanjung Malaysia. Tesis PhD (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

    16. Mohd Nor Azwan Zawawi (2015). Pengajaran kemahiran hidup menggunakan proses Amali. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7(9), 43-48.

    17. Muhamad Jaffar Ali (2012). Penilaian program peralihan kemahiran hidup (pilihan B) tingkatan satu di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

    18. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsep konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Jurnal Pendidikan, 9(4), 101-105.

    19. Radzi Razak (2017). Komponen KSSR semakan 2017 bagi mata pelajaran pra sekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 8(14), 42-49.

    20. Sufean Hussin (2018). Aktiviti dalam kurikulum pengajaran pra sekolah menggunakan kurikulum semakan 2017. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 9(14), 31-39.

    21. Suhaimi Muhamad & Abdul Halim Tajuri, (2015). Kurikulum: perspektif dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

    22. Siti Wan Nor Abdul Rashid (2012). Pendidikan khas di Malaysia: Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran. Prosiding seminar pendidikan khas kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    23. Stufflebeam, D. L. (1977). Educational evaluation and decision making. Bloomington Ind.: Phi Delta Kappa.

    24. Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A.J. (1985). Systematic evaluation: a self-instruction guide to theory and practice. Boston: Kluwer-Nijhoff Publishing.

    25. Stufflebeam, D. L. (1987). Professional standards for assuring the quality of educational program and personnel evaluations. International Journal of Education Research, 11(1), 125-143.

    26. Stufflebeam, D. L. (2001). Evaluation checklists: practical tools for guiding and judging evaluations. American Journal of Evaluation, 22(1), 9.

    27. Stufflebeam, D.L. (2003). The CIPP model for program evaluation. Boston: Kluwer-Nijhoff Publishing.

    28. Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models and applications. San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Imprint.

    29. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (2016). Kemahiran pedagogi guru pengajaran abad ke-21. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 6(4), 21-27.

    30. Wan Nurul Baizura (2018). Sikap guru terhadap kurikulum pengajaran matematik menggunakan KSSR baharu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 18(12), 83-89.

    31. Zamihan Mohd Ali (2017). Standard pentaksiran kurikulum sains sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 9(11), 71-78.