KEPERLUAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN KES
List of Authors
  • Abu Yazid Abu Bakar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perkhidmatan kaunseling telah berkembang pesat sejajar dengan arus kehidupan yang moden dan membangun. Masyarakat boleh menerima dan memahami kepentingan perkhidmatan kaunseling terhadap proses pembangunan diri secara individu, keluarga, pasangan, kerjaya dan masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tidak begitu popular dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keperluan khidmat bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar di daerah Baram, Sarawak. Seramai 151 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di daerah Baram telah dipilh secara rawak sebagai sampel kajian. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik.. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statisic Package for Social Science (SPSS) versi 20. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti keperluan bimbingan dan kaunseling mereka dalam tiga domain iaitu, kerjaya, akademik, serta peribadi dan sosial. Dapatan kajian menunjukkan pelajar meletakkan domain kerjaya yang paling penting, diikuti dengan domain akademik dan seterusnya domain peribadi dan sosial. Di samping itu, pelajar perempuan dan pelajar lelaki masing-masing mencatatkan peratusan domain kerjaya yang tertinggi dalam keperluan kaunseling berbanding domain akademik dan domain peribadi dan sosial. Melalui hasil dapatan kajian ini, guru bimbingan dan kaunseling (GBK) sekolah diharapkan dapat merangka dan melaksanakan program dan perkhidmatan yang lebih berkesan mengikut kehendak dan kesesuaian demografik pada masa hadapan.


Reference
  • No Data Recorded