Tahap Kesediaan Guru Arus Perdana Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif: Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Gombak
List of Authors
  • Mohd Hanafi Mohd Yasin, Nirmala Palaniandy

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Program pendidikan inklusif merujuk kepada program memberi pendidikan kepada semua murid bekeperluan khas di kelas arus perdana bagi mengikuti pembelajaran di arus perdana. Kajian ini berfokus kepada empat elemen tahap kesediaan iaitu pengetahuan, kemahiran mengajar, sikap dan persepsi guru. Reka bentuk kajian tinjauan ini yang berbentuk pendekatan kuantitatif telah mengkaji 12 buah sekolah menengah yang melaksanakan program pendidikan inklusif di Daerah Gombak bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 76 orang guru arus perdana yang terlibat dengan program pendidikan inklusif. Kajian ini menggunakan soal-selidik dalam bentuk google form. Data kajian yang diperoleh ini dianalisis melalui SPSS versi 23. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif.  Bagi pengetahuan nilai min pada tahap sederhana manakala kemahiran mengajar serta sikap dan persepsi pada min tinggi. Ujian Anova sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan kemahiran mengajar berdasarkan pengalaman mengajar guru. Manakala hasil keputusan korelasi Pearson yang di perolehi menunjukkan bahawa pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan serta sederhana dengan kemahiran mengajar guru dan sikap guru. Kemahiran mengajar guru juga mempunyai hubungan signifikan serta tinggi dengan sikap guru. Tahap pengetahuan guru arus perdana dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif masih pada tahap yang sederhana.  Guru arus perdana perlu mempertingkatkan tahap pengetahuan melalui bengkel, kursus dan kaedah-kaedah lain lagi bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas di arus perdana.


Reference
  • No Data Recorded