Tahap pengetahuan guru prasekolah mengenai autisme
List of Authors
  • Azima Ab Aziz , Suziyani Mohammad

Keyword
  • tahap pengetahuan, guru prasekolah, ciri-ciri Autisme, amalan, mengurus tingkah laku, kanak-kanak Autisme, prasekolah

Abstract
  • Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap ciri-ciri kanak-kanak austisme dan amalan guru prasekolah dalam menguruskan kanak-kanak autisme di kelas prasekolah di negeri Melaka yang melibatkan 102 orang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan mengedarkan instrumen soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya. Analisis deskriptif telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap ciri-ciri kanak-kanak austisme berada pada tahap sederhana dan amalan guru prasekolah dalam menguruskan kanak-kanak autisme di kelas prasekolah pada tahap tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa guru prasekolah perlu mempunyai inisiatif sendiri dengan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, menghadiri kursus, menyertai seminar ataupun webinar dalam mengisi keperluan dan kehendak ilmu ketika menjalankan tugas mengikut keperluan semasa, sentiasa mengamal dan mempraktikkan amalan penyayang, empati, dan kesabaran akan terpahat dan menjadi ikutan kanak-kanak, serta Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menambah baik silibus pengajaran kepada bakal guru yang mengambil opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Reference
  • 1. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Program

    2. Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    3. Dr. Nazariah Aiza Harun (2015) EARLY CAREER PSYCHIATRIC CHAPTER (ECP), PSYCHIATRY/PSIKIATRI. Apakah Itu Austisma? https://www.mmgazette.com/

    4. EARLY AUSTISM Project, https://www.autismmalaysia.com/ms/apa-itu-autisme/

    5. Erda Kursyiah Basir. (2016 April 10). Training teachers to handle special kids. The Star. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/education/2016/04/10/training-teachers-tohandlespecial-kids/

    6. Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar & Norani Salleh (2010) Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme (Special Educators’ Level of Training, Knowledge and Confidence of Autism) Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 19-26

    7. Nor Afizah, Muhammad Talhah & Zilal Saari, (2020). Penerapan Konsep IKHLAS Dalam Menyantuni Anak Istimewa (Autisme) (Implementation of IKHLAS Concept In Treating Special Needs)January 2020 UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies 6(3-2) DOI:10.11113/umran2020.6n3-2.423 License CC BY-NC-ND 4.0

    8. Nurul Izzah Yusof1, hazhari Ismail2 2020. Pusat Anak Genius Negara (PAGN) Kudat, Jalan Flat Persekutuan, Kudat, Sabah, Malaysia. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Malaysia. KEKANGAN GURU TADIKA UNTUK MENERIMA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS The Barriers Faced by Kindergarten Teachers in Accepting Children with Special Needs

    9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    10. Sari Rudiyati, Pujaningsih & Mumpuniarti. (2017). Teachers’ Knowledge and Experience Dealing with Students with Learning Disabilities in Inclusive Elementary School. Advances in Social Science, Education and Humanities Research (ASSEHR), 66, 272-278.

    11. Saiful Azam Koh Bin Abdullah1 Aliza Alias2 (2017) 1 Sekolah Kebangsaan (1) Tengku Bendahara Azman, 2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahap Kemahiran Sosial Murid-Murid Austisme bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

    12. Siti Marziah Zakaria, Nor Shahirah Mat Tauhaid. (2018). Cabaran Anak-Anak Autisme daripada Perspektif Ibu. Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1): 58-71 ISSN-2289-8274

    13. Siti Rubiyani Bt Omar,Noradilah Binti abdul Wahab, Mohd Shahril bin Othman, Abdullah Bin Yusof & Raihan Binti Arifin (2020) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia: KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN KHAS TERHADAP MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN : KAJIAN LITERATUR

    14. Smith, M. K, & Smith, K.E (2004). “I believe in inclusion, but…” Regular education early childhood teachers’ perceptions of successful inclusion. Journal of Research in Childhood Education, 14(2), 161-180.

    15. UNESCO, A. (2017). A guide for ensuring inclusion and equity in education. Geneva: UNESCO IBE. https://unesd oc. unesc o. org/ark:/48223/pf000, 2482, 54.

    16. Zaharah Osman. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi & Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60.