Masalah guru dalam pengajaran pantun berestetika di sekolah rendah
List of Authors
  • Ahmad Fikri Ab Rahman , Zamri Mahamod

Keyword
  • Pantun, Guru bahasa Melayu, masalah guru, seni bahasa, sekolah rendah

Abstract
  • Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pantun merupakan salah satu cabang dalam aspek seni bahasa. Namun begitu, pengajaran pantun berestetika kurang ditekankan guru di sekolah rendah. Tambahan lagi, estetika merupakan ciri keindahan pantun yang perlu diterapkan guru kepada murid. Justeru, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi guru ketika mengajarkan pantun berestetika di sekolah rendah. Lapan orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang guru bahasa Melayu dan empat orang pensyarah bahasa Melayu dari Institut Pendidikan Guru. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar pantun. Data dikumpulkan melalui temu bual separa struktur dan dianalisis secara tematik. Lima tema utama telah diperoleh berdasarkan dapatan kajian iaitu (1) persepsi guru (2) kurang meminati pantun, (3) kelemahan pengetahuan kandungan pantun berestetika (4) sikap sambil lewa dan (5) kelemahan amalan pedagogi. Impak kajian ini memberi input bahawa masalah pengajaran pantun berestetika yang dihadapi guru perlu diselesaikan segera melalui pembangunan garis panduan pengajaran pantun, bahan pengajaran pantun, model pengajaran mahupun modul yang boleh dirujuk guru sewaktu mengajarkan pantun di sekolah rendah.

Reference
  • 1. Ab Jabar, N., Daeng, J. D. H., Muhammad, A. S. N. A., & Kiffli, S. (2023). Pemberdayaan produk warisan: Interaksionisme antara jenis padi dalam pantun dan masyarakat Melayu. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 11(1), 72–87. https://doi.org/10.47252/teniat.v11i1.1030
    2. Abdul Ghani, M. K., & Mohamed, N. (2020). Analisis semantik inkuisitif: Simbol “bunga” dalam pantun Melayu. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(4), 36–48.
    3. Adler, M., & Ziglio, E. (1996). Gazing into the Oracle: The Delphi Method and Its Application to Social Policy and Public Health. Jessica Kingsley Publisher.
    4. Berliner, D. C. (2004). Describing the behavior and documenting the accomplishments of expert teachers. Bulletin of Science, Technology and Society, 24(3), 200–212.
    5. Braginsky, V. I. (1993). The System of Classical Malay Literature. KITLV.
    6. Camalia, D., Ikhwan, W. K., & Mujtahidin, M. (2016). Pendidikan nilai-moral melalui pembelajaran pantun pada siswa sekolah dasar. Jurnal Pamator, 9(2), 103–108.
    7. Gambatese, J. A., Behm, M., & Rajendran, S. (2008). Design’s role in construction accident causality and prevention: Perspectives from an expert panel. Safety Science, 46(4), 675–691.
    8. Hamzah, N., Mohammad, F. H., Baharum, H., Abdullah, R. S. A., & Bakar, I. (2019). Instrumen pantun berestetika. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(8), 188–201. https://doi.org/10.35631/ijhpl.280014
    9. Hamid, H. A. (1995). Pengantar estetik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Hassan, Z. (2020). Membina bakat kreatif. Penerbit Universiti Malaysia Perlis.
    11. Herlina., Marhadi, H., & Kurniaman, O. (2017). Penerapan model pembelajaran kooperatif tipe make a match untuk meningkatkan kemampuan menulis pantun siswa kelas iv sd negeri 015 penyaguan. Jurnal Online Mahasiswa (JOM) Bidang Keguruan dan Ilmu Pendidikan, 4(1), 1–10.
    12. Hussain, E. M. (2018). Simbol dan makna dalam pantun Melayu. Institut Terjemahan Buku Malaysia.
    13. Ishak, A. Q. (2018). Semiotik riffaterre dalam pantun kanak-kanak. [Tesis Dr. falsafah, Universiti Malaya].
    14. Juki, H. (2018). Pemikiran etika dalam pantun Melayu Sarawak. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 102–113.
    15. Keating, K. (2020). A tight, mesmerizing chain of echoes: The pantoum in Irish poetry. Irish Studies Review, 28(1), 1–19. https://doi.org/https://doi.org/10.1080/09670882.2020.1715587
    16. Lorenc, T., Felix, L., Petticrew, M., Melendez-Torres, G. J., Thomas, J., Thomas, S., O’Mara-Eves, A., & Richardson, M. (2016). Meta-analysis, complexity, and heterogeneity: A qualitative interview study of researchers’ methodological values and practices. Systematic Reviews, 5(192), 1-9. https://doi.org/10.1186/S13643-016-0366-6
    17. Mahamod, Z., & Hassan, J. (2018). Persepsi guru bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan komsas. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 41–50. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.4.2018
    18. Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. Jossey-Bass.
    19. Mohd, R. H., Siraj, S., & Hussin, Z. (2018). Aplikasi kaedah fuzzy delphi dalam pembangunan modul pengajaran pantun Melayu tingkatan 2 berasaskan maksud al-quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 57–67.
    20. Osup, C., & Taisin, N. (2019). Iban dindang and Malay pantun: Impact on intellectual intelligence and building of human capital in Iban and Malay communities. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(1), 1445–1457. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v9-i1/5910
    21. Piah, H. M. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    22. Rahman, A. F. A., & Mahamod, Z. (2022). Implementation of selected theories for the research of pantun in Malay language education. Creative Education, 13(03), 717–730. https://doi.org/10.4236/CE.2022.133045
    23. Rosdi, A.M., Mohamed, S. Z. R., Salleh, S. M., Idrus, A. (2020). The readiness applications c-pantun as a new method in creation of Malay pantun. Jurnal Penyelidikan Teknokrat, 2(22), 1–16.
    24. Salleh, M. H. (2000). Puitika sastera Melayu: Edisi khas sasterawan negara. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    25. Salleh, M. H. (2016). Ghairah dunia dalam empat baris. Institut Terjemahan Buku Malaysia.
    26. Safian, N. A., & Quayum, M. A. (2019). Malaysian literature and its future: An interview with Muhammad Haji Salleh. Asiatic, 3(1), 119-141.
    27. Sew, J. W. (2018). Muhammad Haji Salleh, pantun: The poetry of passion. Archipel, 96,187–188. https://doi.org/10.4000/archipel.899
    28. Sigvardsson, A. (2020). Don’t fear poetry! Secondary teachers’ key strategies for engaging pupils with poetic texts. Scandinavian Journal of Educational Research, 64(6), 953–966.
    29. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14.
    30. Sinaga, L. P., Mering, A., & Muniir, A. (2018). Peningkatan pemahaman pendidikan karakter-karakter melalui pembelajaran pantun berdendang pada siswa smp negeri 1 Segedong. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa, 7(7), 1-9.
    31. Siraj, S., Abdullah, M. R. T. L., & Rozkee, R. M. (2020). Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    32. Sudirman, N., & Hamid, Z. (2016). Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 146–158.
    33. Suprapto, V., Suharto, T., & Irawati, L. (2020). Penggunaan contextual teaching and learning berbantuan kartu kata untuk meningkatkan keterampilan menulis pantun pada siswa SD. Linguista: Jurnal Ilmiah Bahasa, Sastra, dan Pembelajarannya, 4(1), 51–61.
    34. Timothy, A. E., & Obiekezie, E. O. (2019). Fear of poetry among preservice teachers in Nigeria. Heliyon, 5(12), 1-6. https://doi.org/10.1016/J.Heliyon.2019.E03010
    35. Winstedt, R. J. & Wilkinson, R. (1961). Pantun Melayu. Malaya Publishing House Limited.
    36. Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Jamaldin, S. S., Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89–97.