Perbezaan Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Maktab Rendah Sains MARA yang Melaksanakan International Baccalaureate-Middle Years Programme (IBMYP)
List of Authors
  • Nur Syarima Shafiee

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan International Baccalaureate Middle Years Programme (IBMYP) di sekolah menegah yang terpilih sebagai salah satu usaha untuk memastikan sistem pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan di peringkat global. Sehubungan itu, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan IBMYP ini, pengetua sebagai pemimpin utama pelaksanaan perubahan di sekolah perlulah mengamalkan gaya kepimpinan yang berkualiti dan dinamik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pengetua di International Baccalaureate World School (IBWS) bagi kategori sekolah SBP, SMK dan MRSM. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan tahap kepimpinan instruksional pengetua berdasarkan kategori sekolah SBP, SMK dan MRSM.  Seramai 96 orang guru dan 3 orang pengetua dari IBWS kategori SBP, SMK dan MRSM di negeri Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul menggunakan instrumen Principal Instructional Management Rating Scale dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional pengetua adalah pada tahap tinggi. Seterusnya keputusan analisis menunjukkan tahap kepimpinan intruksional pengetua didapati berbeza antara SBP, MRSM dan SMK yang menjalankan IBMYP. Kesimpulannya, pengetua perlu mengamalkan kepimpinan instruksional yang menekankan kepada aspek kurikulum dengan cara menguruskan program pengajaran dan menyediakan iklim pembelajaran yang sesuai kepada pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang berkualiti.


Reference
  • No Data Recorded