Strategi Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dalam Menangani Masalah Bacaan Dalam Kalangan Murid Disleksia di Sekolah Rendah Pedalaman Sarawak
List of Authors
  • Abdul Aziz Busri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau strategi yang digunakan oleh guru bahasa Melayu di sekolah pedalaman dalam menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Kajian ini menggunakan Teori Pemulihan Disleksia Devis yang menekankan tiga prosedur utama untuk membantu kanak-kanak disleksia bagi mengatasi masalah dalam aspek bacaan iaitu melalui penguasaan simbol, kaunseling orientasi dan latihan membaca. Kajian ini adalah sebuah kajian kes secara kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul data. Soalan temubual merupakan instrumen utama yang diketengahkan dalam kajian ini dan instrumen ini turut disokong dengan senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen melalui rancangan pengajaran harian. Melalui kajian rintis yang dibuat, masih terdapat guru bahasa Melayu yang mempunyai kesukaran dalam membimbing murid disleksia yang mempunyai masalah membaca. Hal ini kerana guru masih tidak jelas tentang apa yang perlu dilakukan untuk membantu murid-murid ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah pedalaman yang terletak dalam daerah Sarikei. Seramai dua orang guru bahasa Melayu dari sekolah ini telah dipilih sebagai peserta kajian. Kedua-dua peserta kajian dianalisis menggunakan instrumen soalan temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen rancangan pengajaran harian. Dapatan kajian mendapati kedua-dua peserta kajian menggunakan strategi berpusatkan guru dalam menangani masalah bacaan dalam kalangan murid disleksia. Strategi lain seperti berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan berpusatkan aktiviti hanya digunakan oleh P1 untuk aktiviti lanjutan kepada murid. Dapatan juga mendapati strategi berpusatkan guru yang digunakan oleh P1 berkesan untuk murid manakala strategi berpusatkan guru yang digunakan oleh P2 tidak berkesan. Tuntasnya, dapatan kajian ini penting untuk menambah baik pengajaran guru dalam membantu murid dislekia dalam aspek bacaan.


Reference
  • No Data Recorded