Mudah guna dan kebergunaan laman web universiti dalam kalangan pelajar antarabangsa
List of Authors
  • Mohd Azul Mohamad Salleh , Nor Arinah Mohamed Zemudin

Keyword
  • Mudah guna, kebergunaan, web, pelajar, antarabangsa

Abstract
  • Perkembangan Internet membawa kepada pembangunan pelbagai medium komunikasi seperti laman web dan sistem rangkaian sosial. Batasan fizikal dan kekangan media konvesional untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas dapat diatasi dengan munculnya teknologi media digital. Batasan ruang dan masa dapat sambung dengan mudah apabila teknologi media baharu diguna untuk mempertingkatkan sistem penyampaian maklumat. Kajian ini memberi fokus kepada persepsi kebergunaan dan mudah guna laman web Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kalangan pelajar antarabangsa. Kaedah kajian kuantitatif secara survei telah dilaksanakan ke atas 200 orang pelajar antarabangsa di UKM. Hasil kajian mendapati, pelajar antarabangsa bersetuju bahawa kebergunaan dan mudah guna sesuatu laman web memberi kesan kepada kepuasan pengguna dan penerimaannya. Laman web juga banyak membantu mereka untuk mendapat maklumat, berinteraksi dan meningkatkan pengetahuan tentang universiti. Kajian ini memberi implikasi kepada kepentingan laman web walau pun pada masa kini, terdapat pelbagai media baharu dan media sosial yang menjadi platform untuk menyampaikan maklumat kepada pemegang taruh sesebuah universiti. Satu kajian secara mendalam perlu dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tembual mendalam atau kumpulan fokus untuk memahami pengalaman pelajar antarabangsa ketika mengguna laman web universiti.

Reference