Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Daerah Sibu
List of Authors
  • Azian Tembren

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan PPKI. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan mengenal pasti guru-guru yang menerima pelaksanaan PPKI serta cabaran yang mungkin dihadapi agar pelaksanaan PPKI ini boleh dilaksanakan secara jayanya. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi mengintegrasikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dengan murid normal. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan terdapat faktor yang menyebabkan program yang melibatkan Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi masih lagi kurang diketahui kewujudan dan fungsinya oleh warga sekolah. Penempatan MBK di sekolah-sekolah tidak diterima secara positif oleh segelintir pentadbir dan guru. Kekurangan pengetahuan tentang konsep dan pengetahuan tentang PPKI telah mewujudkan sikap penolakan dalam kalangan pentadbir dan guru. Persampelan dilakukan secara rawak iaitu melibatkan 401 orang guru daripada 10 buah sekolah rendah yang mempunyai PPKI di daerah Sibu, Sarawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklum balas responden. Hasil analisis diskriptif mendapati penerimaan guru dari segi pengetahuan, sikap dan amalan masing-masing berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.80, 3.92 dan 3.94. Hasil analisis ujian Kolerasi Pearson pula mendapati nilai bagi ketiga-tiga konstruk tersebut menunjukkan nilai yang kurang daripada aras signifikan iaitu diklasifikasikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan guru. Pihak sekolah seharusnya berfikiran positif dan menerima MBK dengan hati yang terbuka. Pengetahuan yang tinggi, sikap dan amalan yang positif dalam hubungan antara guru dan murid amat penting agar PPKI di sesebuah sekolah diterima oleh warga sekolah.


Reference
  • No Data Recorded