Kesan aktiviti ekopelancongan kepada perkembangan sosioekonomi komuniti tempatan di Nibong Tebal, Pulau Pinang
List of Authors
  • Azimah Abd Rahman , Nur Afiqah Aleeya Hassim

Keyword
  • Ekopelancongan, Kelip-kelip, sosioekonomi, komuniti tempatan, sistem pengurusan ekopelancongan

Abstract
  • Nibong Tebal, Pulau Pinang adalah kawasan ekopelancongan kelip-kelip yang mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung luar mahupun tempatan. Kawasan ekopelancongan memerlukan sokongan dan penyertaan daripada komuniti tempatan bagi memangkin perkembangan sosial dan ekonomi setempat. Kajian ini mengkaji kesan aktiviti ekopelancongan terhadap pembangunan sosioekonomi komuniti tempatan di Nibong Tebal. Dalam hal ini, penglibatan masyarakat dalam aktiviti ekopelancongan dan kesan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti ekopelancongan dikenal pasti serta dikaji. Sebanyak 150 borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah penyelidikan kuantitatif. Selain itu, kaedah temu bual secara mendalam turut dilakukan sebagai kaedah kualitatif kajian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti terhadap aktiviti ekopelancongan didorong oleh pelbagai faktor yang dapat meningkatkan perkembangan sosial dan ekonomi. Aktiviti ekopelancongan memberi banyak kebaikan kepada komuniti tempatan seperti membuka peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan manfaat bagi meraih pendapatan sampingan. Kefahaman terhadap manfaat yang boleh diperolehi ini menjadi faktor pendorong kepada komuniti untuk terlibat dengan aktiviti ini secara kolektif. Kajian ini juga dapat menambahbaik sistem pengurusan ekopelancongan sedia ada dengan melihat kepada aspek tahap pengetahuan pengurusan, keperluan agensi lain dalam membantu merancakkan aktiviti ekopelancongan dan memperbaiki kemudahan awam yang masih berada di tahap rendah. Justeru, dicadangkan agar semua pihak berkepentingan bersatu dalam meningkatkan kerjasama komuniti tempatan di samping mempelbagaikan aktiviti ekopelancongan sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke kawasan ini.

Reference
  • 1. Abdullah, S. M. M., Haji Othman, M. S., & Ya’acob, F. F. (2019). Stakeholders’ involvement and their perceptions in supporting community-based ecotourism in min house camp, Kubang Kerian. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 4(16), 70–83. https://doi.org/10.35631/jthem.416006
    2. Choy, E. A. (2013). Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong. Malaysian Journal of Society and Space, 11, 12-23.
    3. Ahmad Fuzi, N. F., Abd Rahman, A., & Marzukhi, F. (2022). Mangroves are home to fireflies (Pteroptyx Tener sp.) in Malaysia: A review. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(7). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v12-i7/14284
    4. Ahmad, C. B., Abdullah, J., & Jaafar, J. (2012). Community activities around protected areas and the impacts on the environment at Krau Wildlife Reserve, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 68, 383–394. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.12.235
    5. Ibrahim, W. S. W., Zainol, R., Awang, S. N., Fadzil, K. S., & Edo, J. (2015). Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: Satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13),115-130.
    6. Aziz, R. C., Marican, N. D., & Hamzah, S. (2021). Peluang dan potensi Hutan Lipur Sungai Sedim sebagai produk eko pelancongan di Malaysia. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space, 17(1). http://dx.doi.org/10.17576/geo-2021-1701-09
    7. Chan, J. (2020). Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated Approach. Universiti Malaysia Sabah Press.
    8. D’Souza, C., Taghian, M., Marjoribanks, T., Sullivan-Mort, G., Manirujjaman, M. D., & Singaraju, S. (2019). Sustainability for ecotourism: Work identity and role of community capacity building. Tourism Recreation Research, 44(4), 533–549. https://doi.org/10.1080/02508281.2019.1654727
    9. Denman, R., Blangy, S., & Hamele, H. (2001). What does ecotourism mean for Europe. Industry and Environment, 24, 61–65.
    10. Fallon, T. R., Lower, S. E., Chang, C.-H., Bessho-Uehara, M., Martin, G. J., Bewick, A. J., Behringer, M., Debat, H. J., Wong, I., Day, J. C., Suvorov, A., Silva, C. J., Stanger-Hall, K. F., Hall, D. W., Schmitz, R. J., Nelson, D. R., Lewis, S. M., Shigenobu, S., Bybee, S. M., & Larracuente, A. M. (2018). Firefly genomes illuminate parallel origins of bioluminescence in beetles. ELife, 7. https://doi.org/10.7554/elife.36495
    11. Fennell, D. A. (2020). Ecotourism. Routledge.
    12. Ghaderi, Z., Shahabi, E., Fennell, D., & Khoshkam, M. (2022). Increasing community environmental awareness, participation in conservation, and livelihood enhancement through tourism. Local Environment, 27(5), 605-621. https://doi.org/10.1080/13549839.2022.2048812
    13. Idris, N. S., Mustapha, M. A., Sulaiman, N., Khamis, S., Husin, S. M., & Darbis, N. D. A. (2021). The dynamics of landscape changes surrounding a firefly ecotourism area. Global Ecology and Conservation, 29, e01741. https://doi.org/10.1016/j.gecco.2021.e01741
    14. Jaafar, M., Ahmad, A., & Zaini Sakawi. (2017). Kemandirian industri eko-pelancongan: Kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan. Geografia Malaysian Journal of Society and Space 6(3), 89-97.
    15. Jeperi, S. R., Dawood, M. M., & Saikim, F. H. (2020). Relationship management and fireflies’ conservation in Klias and Weston, Beaufort, Sabah. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 549(1), 012050. https://doi.org/10.1088/1755-1315/549/1/012050
    16. Johan, A. I., & Mohamad Zaki, A. (2012). Perancangan dan pembangunan pelancongan. Penerbit Universiti, Universiti Utara Malaysia.
    17. Man, Z., Ne, Y. E., & Melai, A. K. (2019). Penyertaan orang Asli dalam aktiviti eko-pelancongan di Tasik Chini, Pahang, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 50-63. http://doi.org/10.17576/geo-2019-1504-04
    18. Mohd Shah, N., Che’ Rus, R., Mustapha, R., Mohammad Hussain, M. A., & Abdul Wahab, N. (2018). Kekurangan sumber hasil hutan bagi kelestarian pelancongan mampan masyarakat Orang Asli Mah Meri: Satu kajian kes di Pulau Carey Selangor. Sains Humanika, 10(3-3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1509
    19. Nallakumar, K. (2003). The synchronously flashing aggregative fireflies of peninsular Malaysia. Biodiversity, 4(2), 11–16. https://doi.org/10.1080/14888386.2003.9712684
    20. Norizan, A., & Chan, K. L. G. (2022). Peranan jaringan sosial dalam aktiviti ekopelancongan di Kepulauan Langkawi Geopark, Kedah Malaysia. e-BANGI, 19(1), 169-190.
    21. Noor Raihani, Z., & Muhammad Khalilur, R. (2023). Social entrepreneurship and social innovation in eco-tourism. Springer Nature.
    22. Rahman, A. A., Kamaruzaman, A. N., & Rashid, S. M. R. A. (2021). Impak ekopelancongan terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komuniti setempat di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Sarawak. e-BANGI Journal, 18(9).
    23. Refaat, A., & Ibrahim, W. (2017). Problems and challenges of prospective accessible heritage tourism in Alexandria. International Journal of Heritage, Tourism and Hospitality, 11(3 (Special Issue), 232–245. https://doi.org/10.21608/ijhth.2017.30232
    24. Rosli, M. R., & Radzuan, I. S. M. (2022). Manfaat ekopelancongan terhadap ekonomi sektor formal dan informal: Kajian Kes di Pulau Chekas, Raub, Pahang. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 679-693. https://doi.org/10.30880/rmtb.2022.03.02.051
    25. Tosun, C. (2000). Limits to community participation in the tourism development process in developing countries. Tourism Management, 21(6), 613–633. https://doi.org/10.1016/s0261-5177(00)00009-1