Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Pendidikan Khas Di Daerah Keningau Mengenai Persepsi Guru Bagi Penglibatan Ibu Bapa Etnik Dusun Dalam Pembelajaran Murid Pendidikan Khas
List of Authors
  • Hazeline Hazel Benedict Gunir

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti akan persepsi guru mengenai  peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam pembelajaran anak bekeperluan khas. Kajian kes ini telah dibuat di sebuah sekolah rendah Pendidikan Khas di daerah Keningau dan hanya melibatkan suku kaum Dusun sahaja. Seramai dua orang guru dipilih menjadi responden bagi 10 orang ibu bapa etnik dusun yang menjadi sampel kajian. Data kajian kes ini dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Data ini dianalisis dengan menggunakan frekuensi kekerapan  mengikut tema berdasarkan kepada tiga kaedah yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor yang mendorong penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran murid pendidikan khas etnik dusun  iaitu faktor kesedaran dan faktor tahap pendidikan ibu bapa. Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian berstruktur yang telah dijalankan. Pemerhatian berstruktur telah dilaksanakan apabila pihak sekolah menjemput ibu bapa dalam empat program besar yang dianjurkan. Program tersebut adalah Hari Bertemu Pelanggan, Hari Kecemerlangan Sekolah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta gotong-royong membersihkan luar bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi. Walaupun tidak kerap namun ibu bapa masih lagi bersedia untuk berbincang hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak mereka dan hadir sama-sama dalam meraikan Hari Kecemerlangan Sekolah dan juga hasil daripada temubual semi struktur yang dijalankan bersama 2 orang guru Pendidikan Khas yang menjadi responden kajian. Terdapat beberapan bentuk penglibatan yang diamalkan oleh ibu bapa di rumah mahupun di sekolah. Namun tidak dapat dinafikan terdapat juga masalah yang dihadapi oleh ibu bapa untuk lebih bergiat aktif terhadap pembelajaran anak bekeperluan khas suku kaum Dusun ini. Cabaran yang dihadapi dalam penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran murid pendidikan khas etnik dusun ini di sekolah dan di rumah ialah cabaran dari segi kemiskinan dan kekangan masa akibat kesibukan keluarga. Kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara bagi mengenalpasti punca sebenar serta mengambil inisiatif yang perlu dalam menangani kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka terhadap pembelajaran murid pendidikan khas etnik Dusun. Ini juga bagi mengelakkan murid pendidikan khas ini dipandang rendah dan tidak ketinggalan dengan murid arus perdana.


Reference
  • No Data Recorded