Pertukaran agama dan kesannya terhadap komuniti: satu sorotan terhadap kes-kes murtad dan masuk islam di Malaysia
List of Authors
  • Mohd Faisal Mohamed , Nur Sarah Tajul Urus , Siti Zaleha Ibrahim

Keyword
  • Pertukaran agama, undang-undang, kesan, komuniti, kes-kes

Abstract
  • Penulisan ini menganalisis tanggapan masyarakat terutamanya pihak keluarga dalam kes-kes pertukaran agama. Beberapa kes murtad dan masuk Islam seperti kes Natrah, Lina Joy, Muhamad Abdullah dan Nyonya Tahir dianalisa bagi menjustifikasikan berlakunya pertukaran agama. Penulisan ini juga mengandungi penelitian terhadap pendekatan yang diambil oleh para hakim Mahkamah Syariah dalam kes-kes berkaitan ketika membuat pertimbangan terhadap pertukaran agama melalui kes-kes murtad dan masuk Islam. Kajian secara kualitatif ini menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan sorotan kes-kes pertukaran agama di samping mengetengahkan kesankesannya terhadap komuniti.Bagi membantu institusi perundangan untuk berlaku adil terhadap pihak-pihak yang terlibat, maka kajian ini mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan piawaian pertukaran agama dan kesannya terhadap komuniti setempat. Kajian ini turut mengandungi cadangan agar isu-isu berkaitan pertukaran agama diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.

Reference
  • 1. Abdul Qadir `Audah. (1968). al-Tasyri’ al-Jinai’I al-Islami, Beirut: Mu‟asassah al-Risalah.
    2. Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam. Malaysia (IKIM).
    3. Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984
    4. Bustani. (1987). Muhit al-Muhit, Beirut: Maktabah Lubnan.
    5. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003
    6. Hassan Abdul Rahman, 2006, Kesan Pertukaran Agama Menurut Perspektif Perundangan Malaysia, Kertas Kerja Seminar Pertukaran Agama dan Kesan Dari Perspektif Syariah dan Perundangan, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Zakat Selangor. Muhammad Abu Zuhrah, t.t. al-Jarimah waal-Uqubah fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah : Dar alFikr.
    7. Muhammad al-Syarbini. (1958). Mughni al-Muhtaj, Kaherah: Mustafa Halabi. Jil. 4.
    8. Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam, Kuala Lumpur: ABIM.
    9. Rosli Mokhtar dan Mohd Fikri Che Hussain. (2008). Undang-Undang Jenayah Islam, Johor Darul Takzim: Jahabersa.
    10. Sayid Sabiq. (1995). Fiqh al-Sunnah, Beirut: Dar al-Fikr.
    11. Yusof al-Qardhawi. (2000). Jarimah al-Riddah wa `Uqubah al-Murtad fi Dhau’l al-Quran wa al-Sunnah, Terj.
    12. Zafran Mohamed dan Mohd Akhir Yaacob. Kuala Lumpur” RMi Multimedia Publishing.
    13. Zaydan Abdul al-Karim. (1994). Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, Jil.5, Beirut: Mu‟asasah al Risalah.
    14. Zulkifly Muda. (2004). Fiqh al-Nusus fi al-Uqubat wa al-Qisas, Kuala Lumpur: Dar alAhnaf.
    15. Zulkifly Muda, Nizaita Omar, 2007, Kesan Riddah Terhadap Nafkah, Jurnal Syariah dan Perundangan, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).