Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pengangguran ialah perihal keadaan menganggur dimana ramai individu tidak mempunyai pekerjaan. Penularan COVID-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Antara golongan paling teruk terjejas akibat penularan wabak ini adalah belia di bawah usia 30 tahun yang majoritinya belum memiliki kestabilan kewangan kerana baru memulakan pekerjaan ataupun masih belum bekerja. Masalah pengangguran pada masa kini semakin meningkat dan boleh menyebabkan pelbagai kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.Penulisan ini mengetengahkan bagaimana pengangguran dalam kalangan belia mendatangkan pelbagai implikasi antaranya kesulitan kewangan, masalah sosial dan kesihatan mental yang lebih buruk. Dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, dan artikel akhbar serta majalah yang berkaitan dengan kerjaya belia dan kesihatan mental semasa Covid 19. Hasil data pembacaan yang diperoleh dibincangkan dan hasil penulisan ini akan memberikan beberapa cadangan penambahan aspek kajian mengenai kaunseling kerjaya dan kesihatan mental belia yang menganggur.