Pelaksanaan Pendekatan Kaedah Edutainment dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Luar Bandar di Sabah
List of Authors
  • Carine Care Simon, Ruhizan Mohd Yasin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Seiring dengan kemajuan abad ke-21, teknologi dilihat sebagai melengkapi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjaya secara maksimum melalui kaedah edutainment. Namun, terdapat sekolah di luar bandar yang dikategorikan sebagai sekolah daif tanpa kemudahan talian telefon, bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih dan sebagainya. Isu ini menyebabkan guru melihat proses PdP menggunakan kaedah edutainment sebagai tambahan beban kepada komitmen sedia ada. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan kaedah edutainment dalam proses PdP di sekolah luar bandar. Seramai 262 orang guru sekolah rendah dan menengah kategori luar bandar di daerah Tambunan, Sabah telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan kaedah edutainment berada pada tahap yang tinggi. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan edutainment guru-guru berdasarkan jantina. Manakala keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan kumpulan pengalaman mengajar. Sementara itu, ujian korelasi pearson menunjukkan tahap pengetahuan mempunyai hubungan positif yang kuat terhadap tahap pelaksanaan kaedah edutainment. Keputusan analisis cabaran yang dihadapi guru pula mempunyai hubungan positif yang rendah terhadap tahap pelaksanaan kaedah edutainment. Keputusan analisis ini menunjukkan walaupun guru berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan kaedah edutainment, guru-guru tetap sedaya upaya menggunakan kaedah edutainment dalam proses PdP mereka. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira oleh pihak berkepentingan dalam memastikan murid berpeluang mengikuti proses PdP yang menarik.


Reference
  • No Data Recorded