Menulis ayat arab melalui teknik sinambungan visual-gambar
List of Authors
Awatif Abdul Rahman , Hairun Najuwah Jamali , Ku Fatahiyah Ku Azizan , Siti Nurhajariah Md Isa
Keyword
Kemahiran menulis, pengajaran, pembelajaran bahasa arab, teknik penulisan, ayat
Abstract
Menulis merupakan suatu medium yang membolehkan pelajar mengekspresi buah fikiran,
melahirkan perasaan dan menceritakan peristiwa. Walau bagaimanapun, tahap pelajar dalam
kemahiran membina ayat adalah lemah, di mana kesalahan meliputi kesilapan dalam memilih
perkataan yang tepat dalam menggambarkan suatu makna. Lantaran itu, teknik pengajaran
dalam kemahiran menulis perlu divariasikan sebagai usaha untuk membantu pelajar
mempelajari kemahiran menulis khususnya dalam penulisan ayat. Kajian ini secara
ringkasnya cuba mendapatkan penilaian pelajar terhadap teknik sinambungan visual-gambar
dalam pengajaran dan pembelajaran menulis ayat bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kajian
tindakan yang melibatkan 90 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS). Hasil kajian mendapati teknik sinambungan visual-gambar merupakan teknik
pengajaran yang dipersetujui pelajar membantu mereka dalam mempelajari kemahiran
menulis bahasa Arab melalui item-item penilaian teknik sinambungan visual-gambar. Kajian
ini diharap dapat membantu para pengamal pendidikan bahasa Arab dalam variasi teknik
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis khususnya dalam kemahiran penulisan ayat
bahasa Arab.