Prokrastinasi Akademik dan Pembelajaran Regulasi Kendiri dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Annie Jerry

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tabiat menunda tugasan akademik sejak dari sekolah rendah mampu mempengaruhi potensi murid apabila berada di peringkat menengah dan tertiari. Keupayaan murid mempraktikkan pembelajaran regulasi kendiri dikaitkan dengan prokrastinasi akademik. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap prokrastinasi akademik murid sekolah rendah, mengenal pasti jika perbezaan jantina mempengaruhi tahap pembelajaran regulasi kendiri serta mengenal pasti hubungan antara prokrastinasi akademik dan pembelajaran regulasi kendiri. Teknik persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih sampel yang terdiri daripada 256 orang murid Tahun 5 daripada lapan buah sekolah rendah di daerah Mukah, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian korelasi menggunakan data kuantitatif dipungut melalui soal selidik diadaptasi daripada Tuckman Procrastination Scale dan Academic Self-Regulated Learning Scale. Dapatan kajian menunjukkan majoriti murid, 89.5% memiliki tahap prokrastinasi akademik pada tahap sederhana. Analisis ujian t-sampel tidak bersandar menunjukkan perbezaan jantina signifikan dalam menentukan tahap pembelajaran regulasi kendiri, iaitu murid perempuan memiliki tahap pembelajaran regulasi kendiri lebih tinggi berbanding lelaki. Ujian Korelasi Pearson (r=-.55, p<.05) menunjukkan hubungan negatif yang signifikan pada tahap sederhana antara prokrastinasi akademik dan pembelajaran regulasi kendiri yang memberi makna murid yang memiliki tahap pembelajaran regulasi kendiri yang tinggi akan kurang melakukan prokrastinasi akademik. Oleh itu, murid harus diajar strategi pembelajaran regulasi kendiri bagi mengatasi tingkah laku maladaptif dalam pembelajaran.


Reference
  • No Data Recorded