Pelaksanaan Bidang Jawi Dalam Kurikulum Pendidikan Islam: Suatu Penilaian Proses
List of Authors
  • Mohd Mazhan Tamyis, Zahari Suppian

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian deskriptif ini bertujuan meninjau persepsi guru terhadap pelaksanaan bidang Jawi dalam kurikulum Pendidikan Islam (BJdKPI) di sekolah rendah dari dimensi proses menggunakan Model CIPP (Konteks, Input, Proses, Produk). Peserta kajian terdiri daripada 120 orang guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah mewakili empat buah daerah di Selangor yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen BJdKPI telah dibangunkan dan melalui proses pengesahan muka, pengesahan kandungan dan pengesahan konstruk. Terdapat tujuh konstruk  dalam kajian ini, iaitu; (1) pengajaran Jawi; (2) bahan sokongan pembelajaran (BSP); (3) penyeliaan pengajaran; (4) pentaksiran bilik darjah (PBD); (5) hubungan guru dengan murid; (6) kerjasama pihak pentadbir; dan (7) kolaboratif rakan sejawat. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukan persepsi GPI terhadap BJdKPI dari dimensi proses berada di tahap tinggi. Ini bermakna GPI telah memainkan peranan mereka sebagai pelaksana kurikulum di peringkat mikro. Naman mutu pelaksanaan BJdKPI masih boleh dipertingkatkan lagi melalui usaha optimum GPI ke arah yang lebih baik dalam pengajaran Jawi. Hal ini sebenarnya menuntut keterbukaan dan keseriusan segenap pihak agar dapat mengupayakan dan meningkatkan nilai tambah dan kegunaan tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda supaya tulisan Jawi tidak pupus ditelan zaman oleh ketidakcaknaan bangsanya sendiri.


Reference
  • No Data Recorded