Persepsi Guru Tentang Pengaruh Ekologi Mikrosistem Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Angelina Simai Suka

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru tentang pengaruh ekologi mikrosistem terhadap pembentukan tingkah laku disruptif dalam kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru tentang faktor ekologi subsistem keluarga, sekolah dan masyarakat  dalam mempengaruhi tingkah laku disruptif murid sekolah rendah dan mengenal pasti perbezaan masalah tingkah laku disruptif murid sekolah rendah di kalangan guru lelaki dan guru perempuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Data dikumpulkan menerusi instrumen borang soal selidik. Responden kajian pula terdiri daripada 107 orang guru sekolah rendah di Zon Baram Tengah. Berdasarkan dapatan kajian ini, aspek ekologi subsistem keluarga paling tinggi mempengaruhi pembentukan tingkah laku disruptif murid sekolah rendah adalah gaya keibubapaan pengabaian (kurang peduli) dengan catatan min sebanyak 3.62. Aspek ekologi subsistem sekolah paling tinggi mempengaruhi pembentukan tingkah laku disruptif murid sekolah rendah adalah tingkah laku negatif rakan dengan catatan min sebanyak 3.41. Aspek ekologi subsistem masyarakat paling tinggi mempengaruhi pembentukan tingkah laku disruptif murid sekolah rendah adalah kewujudan tingkah laku negatif dalam masyarakat dengan catatan min sebanyak 3.56. Hasil ujian khi kuasa dua (Fisher's Exact Test) yang dilakukan pula mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi masalah tingkah laku disruptif murid sekolah rendah di kalangan guru lelaki dan guru perempuan di mana p = .663 iaitu p> .05. Daripada hasil ujian ini, pengkaji menyimpulkan bahawa kadar prevalen masalah tingkah laku disruptif murid sekolah rendah adalah sama bagi guru lelaki mahupun guru perempuan. Ini membuktikan bahawa isu jantina guru bukan faktor utama kepada masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan murid sekolah rendah.


Reference
  • No Data Recorded