Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian
List of Authors
  • Tan Hua An

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mempengaruhi bidang pendidikan di negara kita, khususnya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).  Ekoran daripada PKP dan PKPB yang diumumkan, pembelajaran atas talian telah menjadi satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian serta mengkaji persepsi pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar universiti teknikal.  Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data.   Sampel kajian terdiri daripada 102 orang pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Kajian ini mendapati bahawa kesediaan dan persepsi pelajar UniKL MSI mengikuti kursus bahasa Mandarin melalui pembelajaran atas talian adalah memberangsangkan. Pelaksanaan pembelajaran atas talian mendapat maklum balas dan sambutan positif daripada pelajar.  Hasil kajian mendapati majoriti responden mempunyai kesediaan yang tinggi dan persepsi yang baik untuk mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi idea kepada warga pengajar bahasa Mandarin untuk membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan ke atas pendekatan pengajaran seiring dengan situasi semasa.


Reference
  • No Data Recorded