Keresahan dan kebimbangan dalam bahasa kedua serta hubungannya dengan kemahiran bertutur murid
List of Authors
  • Nurulhayani Muhamad Sepian , Shahlan Surat

Keyword
  • keresahan dan kebimbangan bahasa kedua, kemahiran bertutur bahasa kedua,sekolah rendah

Abstract
  • Pembelajaran bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris sering menjadi kebimbangan dan keresahan para murid di Malaysia. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid dengan kemahiran bertutur. Seramai 370 orang murid tahun 5 sekolah rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Instrumen tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua di adaptasi daripada ‘Foreign Languange Classroom Anxiety Scale’ oleh Horwitz et al (1986) dan ujian lisan Cambridge peringkat B1 telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keresahan dan kebimbangan bahasa kedua murid berada di tahap sederhana (min=2.8) dan tahap kemahiran bertutur bahasa kedua murid berada di tahap sederhana tinggi(min=3.37). Keseluruhannya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dengan kemahiran bertutur bahasa kedua murid (r=0.440). Oleh itu, melalui kajian ini, diharapkan keresahan dan kebimbangan bahasa kedua dapat dikurangkan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran bertutur bahasa kedua murid. Pendidik juga boleh menghasilkan teknik atau kaedah yang sesuai bagi meningkatkan lagi kemahiran bertutur bahasa kedua murid.

Reference
  • 1. Al-Shboul, M., Ahmad, I., Nordin, M., & Rahman, Z. 2013. Foreign language anxiety and achievement: Systematic review. International Journal of English Linguistics, 32-45.

    2. Chaney, A. 1998. Teaching Oral Communication in Grades K-8. USA. A Viacom Company.

    3. Cheng, Y.S. 2001. “Learners’ beliefs and second language anxiety.” Concentric: Studies in English Literature and Linguistics 27 (2): 209–223. Retrieved from http://www.concentriclinguistics.url.tw/ch/upload/articlesfs91402102553135620.pdf

    4. Djafri, F., & Wimbarti, S. 2018. Measuring foreign language anxiety among learners of different foreign languages: In relation to motivation and perception of teacher’s behaviors. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 3(1), 1-15.

    5. Hashemi, M., & Abbasi, M., 2013. The Role of the Teacher in Alleviating Anxiety in Language Classes. International Research Journal of applied and Basic Sciences, 4(3), 640-646

    6. Horwitz, E.K., Horwitz, M.B., Cope, J., 1986. Foreign language classroom anxiety. Modern Language Journal, 70 (2), 125–132.

    7. MacIntyre, P. D., Noels, K. a, & Clément, R. 1998. Biases in self-ratings of second language proficiency: The Role of Language Anxiety. Language Learning, 47(2), 265–387

    8. Mak, B. 2011. An Exploration of speaking-in-class anxiety with Chinese ESL learners

    9. Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric theory. New York: McGraw Hill. Oflaz,A. 2019. The foreign language anxiety in learning german and the effects of total physical response method on students’ speaking skill. Journal of Language and Linguistic Studies, 15(1), 70-82.

    10. Tuan Muhammad Hanif, Faizah Idrus. 2021. Profiling English Language learning anxiety among selected rural area secondary school students in Malaysia: a case study. International Journal of English Language Teaching.

    11. Young, D. J. 1990. An Investigation of Students' Perspective on Anxiety and Speaking. Foreign Language Annals, 539-567.