Imbuhan ter-, semantik, pragmatik, teori relevans, makna tidak khusus
Abstract
Umum sudah mengetahui bahawa, setiap imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai makna
yang berbeza. Penelitian makna pada peringkat semantik semata-mata belum cukup untuk
membantu dalam mentafsir sesuatu makna imbuhan. Pengaplikasian ilmu semantik dan ilmu
pragmatik didapati sangat membantu dalam penginterpretasian makna imbuhan seperti yang
disarankan dalam Teori Relevans. Oleh itu dalam makalah ini, pengkaji memaparkan makna
imbuhan ter- berdasarkan perspektif penahu-penahu lepas. Kemudian, perbandingan dibuat
menggunakan data korpus Harakah yang lebih besar untuk melihat kerelevanan makna imbuhan
ter- itu sendiri. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa gabungan antara ilmu semantik dan ilmu
pragmatik mampu memperlihatkan wujudnya interaksi antara dua ilmu tersebut untuk
mendapatkan makna imbuhan ter- dengan lebih jelas. Sehubungan itu, dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat makna yang tidak khusus ditemui menerusi imbuhan awalan terbersandarkan
data korpus. Dengan pendekatan pragmatik, khususnya TR, maka makna ayat yang
diimplikasikan oleh imbuhan ter- ini dapat diinterpretasi dengan baik dan berpada.
Reference
1. Abdullah Hassan.1985. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Asmah Hj. Omar. 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Blakemore, D. 1987. Semantic Constrains on Relevance. Oxford: Blackwell.
3. Lufti Abas. 1988. Nahu Penambah Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
4. Nik Safiah Karim et. al 2010. Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Nor Hashimah Jalaluddin. 1992: Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Nor Hashimah Jalaluddin. 2007. Bahasa dalam Perniagaan: Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman. 2007. Linguistik Teori dan Aplikasi (disunting). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
8. Sperber dan Wilson. D. 1999. Teori Relevans: Komunikasi dan Kognisi (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.