Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kualiti Pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak
List of Authors
  • Zil Afiqah Abd Aziz

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia kini mula mencapai pertumbuhan positif yang meliputi kesedaran terhadap pembelajaran awal bagi kanak-kanak. Kini, keperluan PAKK menjadi hal utama kepada ibubapa bagi merancang keberhasilan pembelajaran kanak-kanak apabila memasuki alam persekolahan. Kepentingan itu, turut memberi kesan terhadap keberkesanan pengajaran guru prasekolah. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) berdasarkan beberapa domain kajian. Pemilihan domain kajian diperolehi daripada Model Kerangka untuk Pengajaran Charlotte Danielson (2007). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Pembentukan item soal selidik kajian diadaptasi daripada kajian lepas. Selain itu, pemilihan responden seramai 50 orang guru prasekolah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah di Zon Bangi Daerah Hulu Langat. Dapatan dua domain kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif bagi melihat skor min dan sisihan piawai manakala peratusan dan min digunakan bagi melihat hasil dapatan profil responden. Hasil dapatan menunjukkan kedua-dua domain ini iaitu i) perancangan dan persediaan (min = 4.30 dan SP = 0.419) serta ii) persekitaran bilik darjah (min = 4.57 dan SP = 0.402) adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa kualiti pengajaran guru prasekolah cemerlang mampu mempengaruhi proses pembelajaran dalam bilik darjah demi melahirkan kanak-kanak berkemahiran dan berimpian tinggi. Oleh itu, guru prasekolah perlu sentiasa berdaya maju, kreatif dan bersemangat untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang komprehensif.


Reference
  • No Data Recorded