Kecerdasan emosi dan burnout guru
List of Authors
  • Nuni Natassa Mohd Sani , Shahlan Surat

Keyword
  • Kecerdasan emosi (EQ), burnout guru, Inventori Burnout Maslach (MBI), Skala Kecerdasan Emosi Goleman, Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.

Abstract
  • Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan seterusnya mengalami burnout. Kertas ini membincangkan tentang hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout serta kecerdasan emosi dalam kalangan guru dan seterusnya mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi dan burnout di kalangan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 297 orang guru sekolah rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menggunakan instrumen Inventori Burnout Maslach (MBI) bagi mengukur tahap burnout guru dan Skala Kecerdasan Emosi Goleman bagi mengukur kecerdasan emosi guru. Seterusnya, data dianalisis menggunakan SPSS Versi 23. Dapatan kajian mendapati hubungan antara burnout dengan kepenatan emosi (r = -0.229, p < 0.01); depersonalisasi (r = -0.321, p < 0.01) dan pencapaian peribadi (r = -0.343, p < 0.01) adalah hubungan negatif yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi memiliki tahap burnout yang rendah. Kajian ini menyokong bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor yang dapat membantu mengatasi masalah burnout yang dialami oleh guru-guru. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini dapat memberi idea kepada pihak atasan bagi menjalankan program yang bersesuaian bagi meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru di Malaysia khususnya.

Reference
  • 1. Abdul Malik, Dr. Habib Elahi, &; Dr. Syed Afzal Shah. 2020. Relationship Of Organizational Structure, Physical Facilities And Leadership Practices Of Principals With School Improvement: An Evidence From Pakistan. SJESR, 3(2), 214–222. https://doi.org/10.36902/sjesr-vol3-iss2-2020(214-222)

    2. Agus, A. N. A. 2022. Masalah Dihadapi Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(1), 50–62.

    3. Altymurat, A., Muhai, M. ., & Saparow, T. . 2021. Human Behavior in Organizations Related to Abraham Maslow’s Hierarchy of Needs Theory. Interdisciplinary Journal Papier Human Review, 2(1), 12-16. https://doi.org/10.47667/ijphr.v2i1.87

    4. Amzat, I. H., Kaur, A., Al-Ani, W., Mun, S., & Ahmadu, T. S. 2021. Teacher Burnout And Coping Strategies To Remain In Teaching Job In Malaysia: An Interpretative Phenomenological Analysis. European Journal Of Educational Research, 10(3), 1075-1088. https://doi.org/10.12973/eu-jer.10.3.1075