Inisiatif dan usaha guru dalam meningkatkan pengetahuan semasa penggunaan bahan bantu mengajar
List of Authors
  • Mohd Amin Mohd Noh

Keyword
  • Inisiatif, usaha, guru pendidikan islam, bahan bantu mengajar, teknologi pendidikan

Abstract
  • Kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar menjadi keutamaan setiap guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif dan usaha guru dalam meningkatkan pengetahuan semasa untuk mengendalikan bahan bantu mengajar menjadi faktor penting dalam memastikan penyampaian yang efektif. Kajian deskriptif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes berdasarkan pendekatan kualitatif iaitu temu bual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen. Responden adalah dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah bestari terpilih. Ini kerana secara persepsi guru Pendidikan Islam merupakan antara golongan guru yang mempunyai kelemahan dalam mengendalikan bahan bantu mengajar terutama berkaitan teknologi komputer. Kajian ini seterusnya membuktikan bahawa inisiatif dan usaha kebanyakan guru Pendidikan Islam bersumberkan perbincangan dengan rakan, cuba jaya dan internet. Ini disebabkan sumber-sumber tersebut merupakan akses paling mudah diperoleh secara konsisten dan cepat kerana kekangan masa guru Pendidikan Islam ketika di sekolah mahupun di luar waktu sekolah. Manakala sumber buku kurang dijadikan rujukan disebabkan oleh kekurangan sumber buku yang berkaitan dalam pusat sumber sekolah dan sebahagian besar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya mempunyai inisiatif dan usaha untuk meningkatkan pengetahuan semasa berkenaan bahan bantu mengajar disebabkan faktor keperluan kerjaya selain keinginan untuk memajukan diri.

Reference
  • 1. AiniArifah A.B. & Norizan M.Y. (2008). Using Teaching Courseware to Enhance Classroom Interaction as a Method of Knowledge Sharing. Journal of Information Systems, Research and Practices, Vol.1(1).
    2. Anderson, J. R. (1983). A Spreading Activation Theory of Memory. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 22(3), 261-295.
    3. Bishop, P. (2010). Multi-Site Case Study. In Mills A.J., Gabrielle D., and Elden W. (Eds.) (2010). Encyclopedia of Case Study Research. Los Angeles: SAGE References Publication. 2:587-589.
    4. Bogdan, R. C. dan Biklen, SK (2003). Qualitative Research for Education: An Introduction to Theory and Methods.
    5. Charlie Anak Ungang (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8, 84-97.
    6. Denscombe, M. (2007). The Good Research Guide. Berkshire. Denscombe, M. (2010). Ground Rules for Good Research: Guidelines for Good Practice.
    7. Hanson, J. (1975): The Use of Resources, London; George Alien and Unwin Ltd.
    8. Harris, R. J. (1977). The Teacher as Actor. Teaching of Psychology, 4(4), 185-187.
    9. Ilias, M.F. & Jasmi, K. A. (2011). Faktor Serta Pendorong Yang Mempengaruhi Kepenggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru-Guru Pendidikan Islam in Seminar Islam Nusantara Peringkat ASEAN at De Baron Resort, Pekan Kuah, Pulau Langkawi on 25 - 27 October 2011.
    10. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. http://utmlead.utm.my/wpcontent/uploads/2014/01/MIEducation.pdf. (7 Ogos 2016). Kamarul Azmi Jasmi. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia; 2010.
    11. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2012). Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/Fi le/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf. (22 Mei 2012).
    12. Maimun Aqsha Lubis, Abdullah Awang Lampoh, Melor Md. Yunus, Shah Nazim Shahar, Noriah Mohd Ishak and Tajul Arifin Muhamad (2011). The Use of ICT In Teaching Islamic Subjects in Brunei Darussalam. International Journal of Education and Information Technologies. 5(1): 79-87.
    13. Madge, J. H. (1953). Some Aspects of Social Mixing in Worcester. McCoy, S. J. (2004). Your Voice, an Inside View: Multimedia Voice Science and Pedagogy. Inside View Pr.
    14. Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education: Revised and Expended from Case Study Research in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
    15. Mohd Amin Mohd Noh & Hoo Fang Jing . (2014). Social Constructivism among UiTM Students Using Facebook.
    16. National Action Research Conference 2014 (NARC2014) at Avillion Legacy Hotel, Melaka, Malaysia on 24th June 2014.
    17. Mohd Faeez Ilias., Muhamad Faiz Ismail, & Kamarul Azmi Jasmi (2013). Faktor Dorongan dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari International Conference on Islamic Education 2013 (ICIED2013) at EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia on 6th – 7 th April 2013.
    18. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
    19. Morgan, D. L., & Guevara, H. (2008). Interview Guide. Given, LM The SAGE Encyclopedia of Qualitative Research Methods. Thousands Oak, London, New Delhi, Singapore: SAGE Publications.
    20. Olson, M. (2010). Document Analysis. Encyclopedia of Case Study Research, 318-320.
    21. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=inisiatif. (7 Ogos 2016).
    22. Rosnaini Mahmud and Mohd Arif Ismail (2010). Impact of Training and Experience in Using ICT On In-Service Teachers’ Basic ICT Literacy. Malaysian Journal of Educational Technology. 10(2): 5-10.
    23. Schensul, J. J. (2008). Methodology. In Given L. M. (Ed.) (2008). The SAGE Encyclopedia of Qualitative Research Methods. Los Angeles: SAGE Publication.
    24. Tobin, R. (2010). Descriptive Case Study. Encyclopedia of Case Study Research, 1.