Kepintaran buatan dalam pengurusan panitia mata pelajaran
List of Authors
  • Andrew Thomas Ujil , Wahed Bujang

Keyword
  • Kepintaran Buatan, ChatGPT, Pengurusan Panitia

Abstract
  • Kepintaran buatan seperti ChatGPT merupakan teknologi baharu yang boleh memberi manfaat dalam pelbagai bidang, termasuk dalam pengurusan panitia dalam pendidikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cara kepintaran buatan dapat membantu dalam pengurusan panitia serta manfaat penggunaannya. Masalah kajian meliputi kekurangan kajian terdahulu tentang penggunaan kepintaran buatan dalam pengurusan panitia dan ketidakpastian mengenai manfaatnya. Kajian dilakukan dengan menggunakan metodologi kajian kes tunggal yang melibatkan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan persampelan bertujuan yang memenuhi ciri serta mempunyai maklumat yang kaya tentang kepintaran buatan. Data dikumpulkan melalui temu bual tidak berstruktur, pemerhatian, dan analisis dokumen. Analisis data dilakukan melalui analisis tematik dan analisis induktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kepintaran buatan dapat membantu dalam pengurusan panitia melalui proses menaip arahan, memberikan cadangan, meneliti cadangan, memberikan arahan seterusnya jika diperlukan, dan memurnikan cadangan mengikut kesesuaian atau keperluan panitia. Manfaat penggunaan kepintaran buatan dalam pengurusan panitia termasuklah membantu merancang kertas kerja, menjana soalan kuiz, mempercepatkan proses merancang, dan memberikan idea dengan pantas. Implikasi kajian ini termasuklah proses merancang yang lebih singkat, program yang lebih baik dan kreatif, serta memudahkan kerja guru sebagai pengurus panitia. Kajian ini memberikan pandangan baharu tentang penggunaan kepintaran buatan dalam pengurusan panitia di dalam pendidikan. Hasil kajian ini memberi sumbangan untuk mengembangkan potensi penggunaan teknologi kepintaran buatan dalam dunia pendidikan dan memanfaatkannya secara berkesan dalam pengurusan panitia. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pendidikan dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia dan kualiti program yang dianjurkan.

Reference
  • 1. Adiguzel, T., Kaya, M. H., & Cansu, F. K. (2023). Revolutionizing education with AI : Exploring the transformative potential of ChatGPT. Contemporary Educational Technology, 15(3), 1–13.

    2. Chinonso, O. E., Theresa, A. M., & Aduke, T. C. (2023). ChatGPT for Teaching, Learning and Research : Prospects and Challenges. Global Academic Journal of Humanities and Social Sciences, 5(2), 33–40. https://doi.org/10.36348/gajhss.2023.v05i02.001

    3. Chung, K. L. (2023). What Is the Impact of ChatGPT on Education? A Rapid Review of the Literature. Education and Science, 13(410), 1–15.

    4. Creswell, J. W. (2014). Research Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches Fourth Edition. SAGE Publications, Inc. http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

    5. Etikan, I., Musa, S. A., & Alkassim, R. S. (2016). Comparison of Convenience Sampling and Purposive Sampling. American Journal of Theoretical and Applied Statistics, 5(1), 1–4. https://doi.org/10.11648/j.ajtas.20160501.11

    6. Halaweh, M. (2023). ChatGPT in education: Strategies for responsible implementation. Contemporary Educational Technology, 15(2), 1–11.

    7. Hancock, D. R., & Bob Algozzine. (2006). Doing Case Study Research A Practical Guide for Beginning Researchers. Teachers College Press. Retrieved from http://books.google.com/books?hl=en&lr=&id=cAFUnzGQKEcC&oi=fnd&pg=PA257&dq=Doing+Case+Study+Research&ots=IVH7MTsF5D&sig=jNGcE3ysrBQ8Wpmq3wHoVEZPuLA%5Cnhttp://books.google.com/books?hl=en&lr=&id=cAFUnzGQKEcC&oi=fnd&pg=PA257&dq=Doing+case+study+research&ots

    8. Merriam, S. B. (1998). Case studies as qualitative research. Jossey-Bass Inc.

    9. Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research A Guide to Design and Implementation Revised and Expanded from Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Jossey-Bass.

    10. Mohammadreza Farrokhnia, Banihashem, S. K., Noroozi, O., & Wals, A. (2023). A SWOT analysis of ChatGPT: Implications for educational practice and research. Innovations in Education and Teaching International, 1–15. https://doi.org/10.1080/14703297.2023.2195846

    11. Neuman, W. L., & Kreuger, L. (2003). Social Work Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston, MA: Allyn and Bacon.

    12. Othman Talib. 2013. Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    13. Othman Lebar. 2018. Penyelidikan Kualitatif, Pengenalan Kepada Teori dan Metode Edisi Kedua. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    14. Rahman, M. M., & Watanobe, Y. (2023). ChatGPT for Education and Research: Opportunities, Threats, and Strategies. Applied Sciences, 13(5783), 1–21.

    15. Rospigliosi, P. ‘asher.’ (2023). Artificial intelligence in teaching and learning: what questions should we ask of ChatGPT? Interactive Learning EnvironmentsEnvironments, 31(1), 1–3. https://doi.org/10.1080/10494820.2023.2180191

    16. Siti Uzairiah Mohd Tobi (2017), Kajian Kualitatif Dan Analisis Temu Bual, Kuala Lumpur: Aras Publisher.

    17. Steinar kvale, & Svend Brinkmann. (2009). Epistemological issues of interviewing. In Interviews Learning the Craft of Qualitative Research Interviewing (second edi, pp. 47–60). Los Angeles. London. New Delhi. Singapore: SAGE Publications, Inc.

    18. Tlili, A., Shehata, B., Adarkwah, M. A., Bozkurt, A., & Hickey, D. T. (2023). What if the devil is my guardian angel : ChatGPT as a case study of using chatbots in education. Smart Learning Environments, 10(15), 1–24. https://doi.org/10.1186/s40561-023-00237-x

    19. Wang, X., Anwer, N., Dai, Y., & Liu, A. (2023). ChatGPT for design , manufacturing , and education. Procedia CIRP, 119, 7–14. https://doi.org/10.1016/j.procir.2023.04.001

    20. Yihan, L. (2023). Exploring the Application of ChatGPT to English Teaching in a Malaysia Primary School. Journal of Advanced Research in Education, 2(4), 47–54. https://doi.org/10.56397/JARE.2023.07.08