Peranan Surau dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu Kuala Kangsar, Perak
List of Authors
  • Mohamad Isarafi Galini

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di surau sekolah, minat pelajar tingkatan empat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di surau sekolah dan faktor penggunaan surau sekolah dalam P&P Pendidikan Islam. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 100 responden pelajar tingkatan empat dan ia turut disokong dengan pendekatan kualitatif terhadap 3 responden guru Pendidikan Islam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) untuk menguji frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Satu set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach adalah tinggi. Secara keseluruhannya, analisis data deskriptif mendapati kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di surau sekolah berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan minat pelajar tingkatan empat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di surau sekolah turut mencapai tahap tinggi. Malah faktor penggunaan surau sekolah dalam P&P Pendidikan Islam juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Dalam kajian ini juga terdapat rumusan, implikasi kajian dan cadangan turut dibincangkan.


Reference
  • No Data Recorded