Sistem penternakan haiwan secara pawah: permasalahan dari sudut syariah
List of Authors
  • Mohd Rofaizal Ibhraim

Keyword
  • Pawah-sistem, ternakan, takyif fiqhi, sistem ternakan moden, pembahagian hasil

Abstract
  • Sistem ternakan pawah ialah sistem ternakan yang diwarisi dari generasi terdahulu dalam masyarakat Melayu. Sistem ternakan pawah yang diamalkan pada hari ini sama ada dalam bentuk syarikat secara besar-besaran atau individu atau kelompok perlu diberi takyif fiqhi. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberikan pandangan Syarak terhadap beberapa isu gharar dan pelanggaran larangan yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad SAW, khususnya dalam sistem ternakan pawah secara komersial. Selain itu, kajian ini bertujuan menilai hubungan antara pengusaha dengan pemilik ternakan dari sudut pembahagian hasil, tanggungan kos penyelenggaran, syarat-syarat dan penanggungan risiko. Hasil kajian mendapati bahawa pembahagian keuntungan dalam sistem ternakan pawah boleh disesuaikan dengan akad mudharabah atau akad ujrah atau musyarakah setelah menilai syarat-syarat berkaitan hak-hak dan tanggungjawab peserta dan pengusaha, pembahagian keuntungan, penanggungan risiko dan kos.

Reference
  • 1. Al-Maqadisi,Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Bin Muhammad, Al-Mughni, Riyadh, Dar Al-„Alam Al-Kutub.
    2. Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al- Ghazali Abu Hamid, Al Wasit. Al-Dusuki, Shamsuddin Muhammad „Arafat.
    3. Al-Dusuki, Hasyiah Al-Dusuki „Ala Syarh Al-Kabir,Dar Ihya‟ Al-Kutub Al-Arabiah, (Tanpa Tarikh).
    4. Al-Kahuji, Al-Syeikh Abdullah Bin Al-Syeikh Hasan Al-Hasan, Zad Al-Muhtaj Bi Syarh Al-Minhaj , Qatar,1982.
    5. Al-Maqadisi, Syamsuddin Muhammad Bin Muflih, 2003, Al-Furu‟, Beirut/Lubnan, AlResalah.
    6. Al-Nawawi, Muhyiddin Abi Zakari Yahya Bin Syarf Al-Nawawi, Minhaj Al-Tholibin Wa-Umdatul Muftin , Dar Al-Minhaj, 2005.
    7. Malik Bin Anas Bin Malik, Al-Mudawwanah, Dar Al-Kutub Al-Ilmiah 1995.
    8. Al-„Adawi, Syarh Kifayat Al-Tholib Al-Rabbani, Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, 1995.
    9. Ibnu Taimiyyah, Taqiuddin Ibnu Taimiyyah, Majmu‟ Fatawa Ibnu Taimiyyah, Majma‟ Malik Al-Fahd.
    10. Ibnu Al-Qayyim, Muhammad Bin Abi Bakr Bin Ayyub Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah Abu Abdillah, I‟lam Al-Muwaqqi‟in An Rabbail „Alamiin, Dar Ibn Al-Jauzi, Cetakan Pertama,1423H.
    11. Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Qasim al-„Asimi al-Najdi, hasyiah al-raudh almurbi‟ syarh zad al-mustaqni‟, cetakan pertama 1397H.
    12. Ibupejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya: Siri Panduan Asas Penternakan Kambing
    13. Kaedah Fiqhiyyah al-adatu muhakkamah dalam muamalat Islam, sebahagian daripada isi Kertas kerja yang dibentangkan dalam kuliah usul fiqah, UKM 2008 (Subjek MA).
    14. Kamus Pelajar Edisi Kedua.
    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pawahhttp://boerfarmpsistempawah.blogspot.my/
    15. http://goatnstresources.blogspot.my/2008/04/sistem-pawah.html