Signifikan nilai dalam geografi politik: tinjauan awal demografi kelas menengah melayu
List of Authors
  • Ahmad Munawar Ismail , Amira Mohd Yusuf , Hairol Anuar Mak Din

Keyword
  • Signifikan, pengundian, kelas, geografi dan Melayu

Abstract
  • Disiplin Geografi adalah antara bahagian penting dalam penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan selain politik, komunikasi, sosiologi, psikologi, sejarah, dan ekonomi yang kesemua disiplin ini bermatlamatkan merungkai kebenaran, fakta tentang peristiwa dan isu-isu kemasyarakatan. Kepentingan geografi dalam kerangka politik dan pelaksanaan demokrasi turut termaktub pada Perlembagaan Persekutuan: Bahagian VIII Pilihan Raya iaitu berkenaan topografi dan taburan penduduk khususnya dalam penyempadanan bahagian pilihan raya. Disiplin geografi dalam pilihan raya menurut Amer Saifude (2009) yang dianalisis adalah geografi keluar mengundi, geografi sokongan kepada parti politik, bias dan disproportionality serta pengundian ekonomi. Oleh kerana itu, kajian dan pengetahuan berkenaan topografi politik negara khususnya hal ehwal politik dan amalan demokrasi melalui sistem pilihan raya adalah terangkum dalam bidang ini. Elemen nilai merupakan teras kajian yang cuba diangkat sebagai faktor yang turut diambil kira dalam bidang geografi pilihan raya.

Reference
  • 1. Ahmad Munawar dan Mohd Nor Shahizan. 2012. Memahami Kuantitatif dan Kualitatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi:UKM.
    2. Amer Saifude. (2009). Geografi Pilihan Raya dan Tingkah Laku Pilihan Raya Malaysia, 1959- 2008. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    3. Blaise, A & Massicotte, L. 1996. Electoral System. Dalam Le Duc, L., Niemi, R.G. & Norris, P. Comparing Democracy: Elections and Voting in Global Perspective. California: Sage. Budge, I, Crewe, I, McKay, D & Newton, K.2001.The New British Politics. Essex: Longman.
    4. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Serdang. McGraw-Hill. Dahl, Robert A. 1975. Modern Political Analysis. New Delhi: Prentice Hall.
    5. Easton, D. (1965). A Framework for Political Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
    6. HairolAnuar. 2014. Signifikan Nilai di dalam Memilih Kepimpinan Poltik dalam Kalangan Kelas Menengah Melayu Pasca DEB. Tesis Ph. D Peradaban Islam UKM.
    7. Hague, R, dan Harrop, M. 2001. Comparative Government and Politics. Hampshire: Palgrave.
    8. Johnston, R. Pattie, C., Dorling, D. & Rossiter, D. 2001. From votes to seats – the operation of the UK electoral system since 1945. Manchester: Manchester University Press.
    9. Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational Psychological Measurement, 30, 608.
    10. Rose, R. 1974. Electoral Behaviour: A Comparative Handbook. New York: Free Press.
    11. Taylor, P.J. &Johnston R.J. 1979. Geography of elections. Middlesex: Penguin Book. Uma Sekaran. 2003. Research Methods for Bussiness: A Skill Building Approach. New York: John Willey & Sons.
    12. Zambry Abd Kadir. 2002. Peranan Generasi Muda Dalam Arus Perdana Politik Negara: Satu Tinjauan Dari Perspektif Islam. Dlm. Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM.