Amalan Pembelajaran Sejarah dan Literasi Politik dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Deskriptif
List of Authors
  • Anuar Ahmad1, Shahzalina Ghazali

Keyword
  • Pembelajaran Sejarah, Literasi Politik, Sekolah Menengah

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap amalan pembelajaran Sejarah dan tahap literasi politik dalam kalangan murid sekolah menengah. Fokus kajian diberikan kepada aspek pengalaman pembelajaran murid dalam bilik darjah serta pengetahuan asas mereka berkaitan sistem politik dan demokrasi di Malaysia. Reka bentuk kuantitatif dipilih untuk kajian ini dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik berskala Likert 5 mata. Seramai 111 orang murid Tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah dipilih sebagai responden. Analisis data dilakukan secara deskriptif menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid mempunyai tahap yang tinggi dalam amalan pembelajaran Sejarah serta literasi politik. Kajian ini memberikan gambaran awal yang signifikan tentang keberkesanan pendekatan pengajaran Sejarah dalam membentuk kesedaran sivik dalam kalangan murid. Implikasi kajian mencadangkan agar strategi pengajaran dan kandungan kurikulum Sejarah terus diperkasa untuk menyokong pembangunan warganegara yang berpengetahuan dan bertanggungjawab.

Reference
  • No Data Recorded