Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
List of Authors
  • Nur Akalili Mohd Amin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran dalam talian adalah alternatif terbaik untuk memastikan sesi pembelajaran tidak terhenti semasa pandemik Covid-19 berlaku. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi murid sekolah menengah di Malaysia terhadap pembelajaran dalam talian. Dapatan yang diperoleh boleh memberikan amalan dan praktis yang efisien kepada para guru dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian yang berkesan.  Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah dijalankan (n= 563) ke atas  murid sekolah menengah di Malaysia untuk mengenal pasti tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran dalam talian. Dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, tahap penerimaan murid sekolah menengah terhadap pembelajaran dalam talian adalah di tahap ‘Sederhana Setuju’. Kelebihan utama pembelajaran dalam talian yang didapati daripada kajian ini ialah kemudahan untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran secara dalam talian dan kebebasan untuk belajar di rumah manakala kekurangan utama ialah masalah teknikal yang dihadapi semasa menjalani pembelajaran dalam talian dan kurangnya interaksi dengan rakan-rakan. Selain daripada itu, tiada perbezaan persepsi antara pembelajaran dalam talian dan bersemuka untuk daripada segi peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran sosial. Pembelajaran dalam talian adalah norma baru  yang harus diterima oleh semua. Malah, ianya masih akan kekal relevan dan penting walaupun pandemik ini berakhir suatu hari nanti. Kepentingan dan kelebihan pembelajaran dalam talian ini harus dipertingkatkan dengan melengkapkan para guru dengan latihan, bimbingan dan amalan yang sesuai supaya mereka berupaya melaksanakan sebuah pembelajaran dalam talian yang cemerlang sekaligus memberikan manfaat yang maksimum kepada murid.


Reference
  • No Data Recorded