Pengukuran Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesan Teknik Penstrukturan Penulisan Karangan Berasaskan Grafik Bitmap
List of Authors
  • Adenan Ayob

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pedagogi yang terarah kepada teknik penulisan karangan pada zaman teknologi IR 4.0 ini memerlukan kesinambungan dalam penyebaran maklumat berasaskan bahan multimedia interaktif. Dalam meneroka hasil penyelidikan yang berinovasi, kreatif dan kritis, kajian ini dilakukan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan teknik penstrukturan penulisan karangan berasaskan grafik bitmap. Kaedah kajian kuasi eksperimen diguna dengan berpandukan reka bentuk kuantitatif. Sampel pula adalah terdiri daripada 30 orang murid sekolah menengah di Shah Alam, Selangor. Data kajian dianalisis secara deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai. Data kajian juga diuji secara inferens dengan menggunakan statistik ANCOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, iaitu F = 13.1, paras < 0.05. Implikasi kajian ini memaparkan teknik penstrukturan penulisan karangan dengan berasaskan bahan grafik multimedia interaktif perlu diaplikasi secara giat dalam PdP Bahasa Melayu yang membabitkan elemen kemahiran menulis.


Reference
  • No Data Recorded