Kaunseling kelompok: Tahap kefahaman pelajar dalam penggunaan media sosial semasa pandemik COVID-19
List of Authors
  • Mohd Izwan Mahmud , Siti Nurashikin Nizam

Keyword
  • Media Sosial, Pelajar, Covid-19, Kefahaman

Abstract
  • Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak sektor perkhidmatan terpaksa ditutup tidak terkecuali Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi membendung penularan wabak ini daripada terus merebak. Penggunaan media sosial juga dilihat semakin meningkat dalam kalangan pelajar semasa pandemik Covid-19. Media sosial adalah sesuatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita dan sering digunakan untuk pelbagai tujuan misalnya untuk hiburan, pengetahuan dan tujuan interaksi. Umum mengetahui bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada pelajar dan boleh menjejaskan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui kaedah kualitatif dengan mengemukakan beberapa soalan temubual dalam sesi kaunseling kelompok. Pendekatan kualitatif digunakan bagi meneroka pengalaman dan kefahaman yang dialami oleh para pelajar berkaitan penggunaan media sosial dengan lebih mendalam. Penggunaan media sosial haruslah sentiasa dikawal dan pelajar mestilah sentiasa berfikir impak yang mungkin dihadapi bagi setiap tindakan yang dilakukan.

Reference
  • 1. Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2009). Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke atas Remaja Melayu Luar Bandar. 27: 199-212.

    2. Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2006). Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak dan Pengajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian Remaja di Sabak Bernam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam siri ke - 5: 1-8.UKM. Bangi: Fakulti Pendidikan.

    3. Ali Salman & Samsudin A. Rahim. (2012). New media and youth participation: towards nation building.

    4. Boyd, D. M. & Ellison, N. B. (2008). Social network sites: definition, history and scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13: 210-230.

    5. Chung, C., & Austria, K. (2010). Sosial Media Gratification and Attitude toward Sosial Media Marketing Messages: A Study of the Effect of Sosial Media Marketing Messages on Online Shopping Value, Proceedings of the Northeast Business & Economics Association: Northeast Business & Economics Association.

    6. Kim, B., & Kim, Y. (2017). College students’ social media use and communication network heterogeneity: Implications for social capital and subjective well-being. Computers in Human Behavior. 73: 620-628.

    7. Lenhart, A. (2010). Teens and Social Media: An Overview, 22. New York, New York: Pew Internet & American Life Project.

    8. Lofgren-Martenson, L., & Mansson, S. (2010). Lust, love, and life: A qualitative study of Swedish adolescents’ perceptions and experiences with pornography. Journal of Sex Research, 47: 568– 579.

    9. Merriam, S. B. (2002). Qualitative research in practice. Examples for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass

    10. Mitchell, K., & Beard, F. (2010). Measuring Internet Dependence Among College Students: A Replication and Confirmatory Analysis. Southwestern Mass Communication Journal, 25(2): 15-28.

    11. Moraini Alias. (2002). Memperkasakan Mangsa Keganasan Rumah Tangga: Kajian Kes Penderaan Isteri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Tesis Sarjana Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan UKM.

    12. Neutens, J.J. & Rubinson, L,. 2002. Research Techniques for the Health Sciences, 3rd edition. Sydney: Allyn and Bacon.

    13. Onat Kocabiyik, O. (2021). Social media usage experiences of young adults during the COVID 19 pandemic through social cognitive approach to uses and gratifications. International Journal of Technology in Education and Science (IJTES), 5(3), 447-462.

    14. Posetti, J., & Matthews, A. (2018). A short guide to the history of ’fake news’ and disinformation. International Center for Journalists, 7, 1–9.

    15. Prakash, S., Yadav, J.S. & Singh T.B. (2020). An Online Cross-Sectional Study To Assess the Prevalence of Internet Addiction among People Staying at their Home during Lockdown due to COVID-19. The International Journal of Indian Psychology, 8(3): 424-432.

    16. Saodah Wok, Syed Arabi Idid & Norealyna Misman. (2012). Social media use for information-sharing activities among youth in Malaysia. Journalism and Mass Communication, 2(1): 1029-1047.

    17. Yu, A. Y., Tian, S. W., Vogel, D., & Kwok, R. C. (2010). Can learning be virtually boosted? An investigation of online social networking impacts. Computers & Education, 55: 1494–1503.