Didaktik dan ketatanegaraan dalam hikayat isma yatim
List of Authors
Ayu Nor Azilah Mohamad , Rohaini Amin
Keyword
Didaktik, ketatanegaraan, hikayat, isma yatim, manuskrip melayu
Abstract
Hikayat Isma Yatim ialah sebuah manuskrip Melayu. Naskhah-naskhahnya terdapat di
Jakarta, Leiden dan London. Di Great Britain sahaja terdapat sekurang-kurangnya sepuluh
versi Hikayat Isma Yatim yang telah disalin oleh pengumpul-pengumpul manuskrip Melayu
seperti Anderson, Crawfurd, John Leyden, Marsden, Raffles dan Valentijn. Penyalinan
hikayat ini telah berlaku seawal-awalnya antara tahun 1676 hingga 1718 hingga tahun 1849.
Berdasarkan tiga naskhah Hikayat Isma Yatim yang diperoleh, salah satunya dipilih untuk
dijadikan teks dasar. Pemilihan ini berdasarkan beberapa keistimewaan teks tersebut
antaranya ialah isi ceritanya lebih panjang kerana beberapa peristiwa yang tiada dalam
naskhah lain dan lebih lengkap berbanding dengan dua naskhah yang lain. Roorda van
Eysinga menyatakan bahawa hikayat ini ialah “syarat segala raja-raja dan menteri dan
hulubalang dan sekaliannya.” Untuk itu, fokus perbincangan artikel ini ialah untuk melihat isi
kandungan teks tersebut khususnya berkaitan dengan unsur didaktik dan ketatanegaraan.
Apatah lagi timbulnya persoalan dikatakan hikayat ini dikatakan dikarang untuk golongan
istana sahaja dan bagaimana Isma Yatim yang merupakan rakyat biasa boleh menjadi seorang
yang penting dalam pentadbiran negara. Kesemua ini dianalisis selepas pembacaan dengan
mengemukakan kewajaran berdasarkan manuskrip Hikayat Isma Yatim . Hal ini penting demi
kelangsungan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan
keturunan.
Reference
1. Ayu Nor Azilah Mohamad. 2003. Tesis Ijazah Sarjana Falsafah. “Hikayat Isma Yatim:Satu Kajian Teks.” Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Harun Mat Piah et.al. 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Manuskrip Hikayat Isma Yatim.(Tiada nama pengarang, tahun cetakan dan terbitan) Manuskrip Hikayat Isma Yatim. Muhammad Yusuf Jailani Jurangpati. 1299. Sri Lanka: Negeri Kandi. Manuskrip Hikayat Isma Yatim.
4. Kapitan Salimuddin. 10 Disember 1871. Sri Lanka:Kolombo.
5. Mohd Affandi Hassan. 1994. Kesusasteraan Melayu Mitos dan Realiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R
6. icklefs M.C. dan Voorhoeve .P. 1977. Indonesian Manuscripts in Great Britain: A Catalogue of Manuscripts ini Indonesian Languages in British Public Collections. London: Oxford University Press.
7. Siti Hawa Haji Saleh. 1987. Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Winstedt R.O. 1969. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford Univesity Press