HUBUNGAN STRES DENGAN KONFLIK KERJA-KELUARGA DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL CONVENT, SEREMBAN
List of Authors
  • Rathika S.Velaytham

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan stress dengan konflik kerja-keluarga berdasarkan demografi iaitu (jantina,umur,tempoh perkhidmatan dan status perkhawinan) dalam kalangan guru sekolah di Seremban 2 di Seremban. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang guru yang dipilih secara rawak mudah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent, Seremban. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS dan menggunakan kaedah deskriptif seperti analisis min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Manakala Analisis statistik inferensi menggunakan ujian Anova sehala untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan stres guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah.Dapatan kajian menunjukan terdapat hubungan antara stress dengan konflik keluarga yang menjejaskan tahap pencapaian guru. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah yang proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian secara konsisten terutamanya latihan pengurusan tekanan kerja kepada guru bagi melahirkan guru yang produktif dan inovatif.


Reference
  • No Data Recorded