Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran proses sains yang merupakan satu komponen dalam mata muridan Sains Kertas 2 Bahagian A SPM dengan menggunakan pendekatan FLIPME. Sampel kajian melibatkan seramai 53 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada cara menulis tujuan, membina hipotesis, mengenal pasti pembolehubah, menulis radas dan bahan, merancang prosedur dan membina jadual dengan menggunakan alat Flipme. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid masih lemah dalam kemahiran proses sains. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan Flipme yang dibina berasaskan pendekatan KBAT diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama dalam kemahiran proses sains. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan FLIPME yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam perancangan eksperimen semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran proses sains dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sains di peringkat SPM.