Corak Tafsiran Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Analisis
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan memperlihatkan bentuk dan corak tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dipraktikkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan. Karya Tafsir Nur al-Ihsan karangan Syeikh Muhammad Said bin Umar ini beredar secara meluas dalam masyarakat yang mana ia dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran serta rujukan masyarakat dalam memahami kandungan ayat-ayat al-Quran. Proses menganalisis teks Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan kaedah analisis kandungan berbentuk kajian kepustakaan sepenuhnya yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam corak tafsiran yang diperaktikkan oleh Syeikh Muhammad Said bin Umar ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan ini iaitu kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur, al-Tafsir al-Ra’y, al-Tafsir Mawdu’I, al-Tafsir al-Sufi, al-Tafsir al-Fiqhi dan al-Tafsir al-‘Ilmi. Oleh itu, diharapkan pendedahan dan analisis yang dilakukan ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan baharu kepada masyarakat perihal Tafsir Nur al-Ihsan.


Reference
  • No Data Recorded